Kesihatan Mahathir_bin_Mohamad

Pada 24 Januari 1989, Dr Mahathir pernah menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), Kuala Lumpur.[140][141]

Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana serangan jantung setelah saluran darah arteri tersumbat.

Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Langkawi selepas kesukaran bernafas pada jam 4:00 petang.

Pada 4 September 2007, Dr Mahathir menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di IJN selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya Awang, Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal Balchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo di California, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan saluran darah arteri kali ke-2.

Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di IJN jam 7:00 malam. Ketika itu beliau berusia 82 tahun.[142]

Malam 2 Oktober 2010, di Melbourne, Australia, Tun Dr Mahathir telah dimasukkan ke Hospital Epworth akibat sakit batuk dan selesema. Kemasukan beliau ke hospital tersebut disahkan oleh pegawai khasnya, Sufi Yusof. Dr Mahathir pergi ke Melbourne bertujuan untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di Universiti Melbourne.

Pada 9 Februari 2018, Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada malam Jumaat akibat jangkitan dada berikutan batuk.[143]