Konteks Majlis_angkat_sumpah_Joe_Biden

Majlis angkat sumpah ini akan menandakan kemuncak rasmi peralihan kuasa presiden Joe Biden yang bermula ketika beliau memenangi pilihan raya presiden A.S. pada 3 November 2020 dan menjadi presiden terpilih empat hari kemudian pada 7 November 2020.[1] Kemenangan Biden dan calon gandingannya, Kamala Harris disahkan oleh Kolej Elektoral pada 14 Disember 2020.[2] Penyandang terkini, presiden Donald Trump yang kalah, menolak untuk mengakui kemenagan Biden sambil mengisytiharkan dirinya sebagai pemenang dan berulang kali mengeluarkan kenyataan palsu atau mengelirukan. Beliau juga banyak memfailkan tuntutan mahkamah untuk mempertikaikan keputusan pilihan raya.[3][4][5] Trump juga dikhabarkan mungkin tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah tersebut. Sekiranya ia benar, peristiwa itu akan menjadi kali keempat dalam sejarah Amerika Syarikat di mana seorang presiden yang akan meninggalkan jawatan menolak untuk menghadiri majlis angkat sumpah pengganti mereka. Trump lebih suka mengumumkan akan berkempen pada pilihan raya 2024, mengadakan perhimpunan gaya kempen, dan dengan palsu menyatakan dirinya sebagai presiden yang sah.[6][7]

Selepas majlis angkat sumpah berlangsung, Biden akan menjadi presiden tertua pada usia 78 tahun dan 61 hari, lebih tua setelah menjawat jawatan berbanding Ronald Reagan yang meninggalkan jawatan pada usia 77 tahun dan 349 hari. Beliau juga akan menjadi presiden pertama dari negeri Delaware (walaupun beliau dilahirkan di Pennsylvania) dan satu-satunya presiden yang dilahirkan semasa Perang Dunia II. Biden juga akan menjadi presiden kedua yang menganut agama Kristian Katolik selepas John F. Kennedy. Beliau juga ialah bekas naib presiden yang kedua menjadi presiden selepas Richard Nixon.[8][9][10][11] Harris pula akan menjadi wanita, rakyat Afrika Amerika dan rakyat Asia Amerika pertama menjadi naib presiden.[12]

Rujukan

WikiPedia: Majlis_angkat_sumpah_Joe_Biden http://www.wdel.com/news/crowd-cheers-chants-welco... //www.worldcat.org/issn/1521-1568 //www.worldcat.org/oclc/31153202 https://apnews.com/article/Biden-Trump-US-election... https://apnews.com/article/election-2020-donald-tr... https://apnews.com/article/election-2020-donald-tr... https://www.axios.com/joe-biden-inauguration-day-a... https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-12-16... https://www.cbsnews.com/news/biden-harris-presiden... https://www.cbsnews.com/news/doug-emhoff-second-ge...