Ratu
Mary I (18 Februari 1516 – 17 November 1558) merupakan
Ratu England dan
Ireland dari Julai 1553 sehinggalah kemangkatan baginda. Ratu Mary I merupakan anakanda sulung kepada
Henry VIII dari England dengan
Catherine dari Aragon yang satu-satunya hidup sehingga dewasa. Adinda tirinya,
Edward VI (anakanda Henry dengan
Jane Seymour) mewarisi takhta daripada ayahanda mereka pada 1547. Apabila Edward gering sehingga kemangkatannya pada 1553, baginda cuba untuk menyingkirkan Mary daripada giliran perwarisan kerana perbezaan agama. Selepas mangkat, sepupu mereka disingkirkan dan
Lady Jane Grey diangkat sebagai ratu. Mary mengumpulkan kuasa di
Anglia Timur dan berjaya menjatuhkan Jane. Pada 1554, Mary mengahwini
Philip II dari Sepanyol dan menjadi
permaisuri Sepanyol Habsburg.Sebagai pemerintah keempat yang ditabalkan dari
wangsa Tudor, baginda diingati kerana membawa kembali mazhab Roman Katolik selepas pemerintahan di bawah mazhab Protestan oleh adinda tirinya. Ketika lima tahun pemerintahan Mary, baginda mengarahkan
hukuman pembakaran pada kayu pancang terhadap lebih 280 pengingkar agama dan baginda mendapat gelaran sebagai
Mary Berdarah. Pembentukan semula Roman Katolik oleh Mary ditukar semula selepas kemangkatannya pada 1558 oleh adinda perempuan tirinya,
Elizabeth I (anakanda Henry dengan Anne Boleyn) pada 1558.