Kerjaya Mawar_Rashid

Mawar Rashid memulakan kerjaya pemodelan sebagai peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 bersama-sama dengan Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana, Deeba Halil, Balqish Maarif, Fify Azmi dan Syamim Farid dan diundi sebagai peserta kegemaran.[4]

Selepas Dewi Remaja tamat, kerjaya lakonannya bermula apabila Mawar diberikan peranan pembantu dalam siri televisyen Astro Ceria, Super Gameboy. Beliau kemudiannya meraih pencapaian luar biasa dalam bidang lakonan apabila dipilih menjayakan peranan antagonis sebagai Elfira dalam drama adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu lakonan Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi.

Beliau kemudiannya muncul dalam telefilem Rajuk di TV9 menerusi slot Skrin Di 9. Paling terkini, Mawar muncul sebagai Qisya Iris dalam Suamiku Paling Sweet di Slot Akasia TV3.

Mawar menjadi bintang utama di samping Elvina Mohamad, Amar Baharin dan Syazwan Zulkifly dalam drama berat Kalis Kasih arahan Nazir Jamaluddin yang bersiaran di Slot Samarinda TV3. Beliau menjayakan watak sebagai Senah dalam telefilem Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati arahan dan lakonan Sabri Yunus yang bersiaran pada 30 Jun 2018 di Astro Citra.

Rujukan

WikiPedia: Mawar_Rashid http://www.astroawani.com/berita-hiburan/mawar-ras... http://www.jiwarosak.com/biodata-dan-gambar-mawar-... http://www.hmetro.com.my/node/131899 http://www.hmetro.com.my/node/37211 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/dihentam-seb... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/mawar-mohon-... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/raf-mawar-la... http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/mawar... https://m.facebook.com/mawarashidfp/