Maybank
Maybank

Maybank

Malayan Banking Berhad atau lebih dikenali sebagai Maybank (MYX: 1155), merupakan rangkaian bank dan kumpulan kewangan yang terbesar di Malaysia, dengan operasi-operasi perbankan penting di Singapura, Indonesia dan Filipina. Bank ini juga telah mempunyai kepentingan besar dalam perbankan Islam melalui Maybank Islamic Bank dan insurans melalui anak syarikatnya Etiqa. Maybank merupakan bank yang terbesar di Malaysia dengan memiliki lebih daripada 374 cawangan tempatan dan 90 cawangan luar negara dan pejabat. Maybank tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia kedua terbesar, Bursa Malaysia, dengan modal pasaran lebih RM30 bilion sebagai pada pertengahan April 2009. Pada 2008, Maybank selesai pengambilalihan 15% dalam An Binh Bank (Vietnam) dan 20% MCB Bank Ltd (Pakistan). Seperkara lagi, Maybank memenangi Jenama Malaysia yang Paling Berharga untuk tahun kedua (yang bernilai RM9.3 bilion)[4], dan Deal of the Year - Insolvency & Restructuring Deal of the Year di 2008 ALB SE Asia Law Awards.

Maybank

Industri Perkhidmatan kewangan
Tempat dibekalkan Malaysia
Singapura
Indonesia
Filipina
China
Papua New Guinea
Vietnam
Brunei
Pakistan
Amerika Syarikat
United Kingdom
Bahrain
Thailand
Jumlah aset ▲ RM336.67 (FY2010)[3]
Pendapatan bersih ▲ RM3.818 bilion (FY2010)[2]
Bilangan pekerja 25,000
Perancang utama Abdul Wahid Omar, Presiden dan CEO
Khairussaleh Ramli, Timbalan Presiden dan CFO
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Laman sesawang www.maybank.com
Pengasas Khoo Teck Puat
Keluaran Perkhidmatan kewangan dan perbankan
Ditubuhkan 31 Mei 1960; 59 tahun yang lalu (1960-05-31)
Hasil ▲RM12.87 bilion (FY2010)[1]
Jenis Syarikat awam