Naengmyeon
Naengmyeon

Naengmyeon

Sup & stuBanchanNaengmyeon (Korea: 랭면 (Korea Utara), 냉면 (Korea Selatan),juga dikenali sebagai raengmyeon (di Korea Utara), naeng-myeon, naengmyun, atau naeng-myun, yang bermaksud "mi sejuk") adalah hidangan mi Korea buatan tangan panjang dan nipis yang diperbuat daripada tepung dan kanji pelbagai bahan-bahan: gandum kuda (메밀, memil), kentang, ubi keledek, 칡냉면, naengmyun made with the starch from arrowroot (warna lebih gelap dan lebih kenyal daripada mi gandum kuda), dankudzu (칡, chik). Kelainan dengan bahan-bahan seperti rumpai laut dan teh hijau turut boleh didapati. Di Korea Selatan, ia adalah hidangan musim panas, jarang dimakan semasa musim lain. Menurut dokumen abad ke-19 Dongguksesigi (동국세시기, 東國歲時記), ia telah dibuat sejak Dinasti Joseon.[1]Pada asalnya makan ini adalah makanan istimewa di utara Korea, terutamanya di bandar-bandar Pyongyang (평양, 平壤) dan Hamhung (함흥, 咸興) di Korea Utara, naengmyeon menjadi amat popular di seluruh Korea selepas Perang Korea.[1]Naengmyeon disajikan di dalam mangkuk besar keluli tahan karat dengan air ais rebusan masam, hirisan timun, hirisan pear Korea, jalur nipis lebar jeruk lobak ringan, dan sama ada telur rebus atau kepingan daging lembu rebus sejuk atau kedua-duanya. Sos mustard pedas (atau minyak mustard) dan cuka sering ditambah sebelum dimakan.Secara tradisinya, mi panjang akan dimakan tanpa dipotong, kerana ia melambangkan panjang umur dan kesihatan yang baik, tetapi pelayan di restoran biasanya bertanya terlebih dahulu jika mi harus dipotong sebelum makan, dan menggunakan gunting untuk memotong mi.

Naengmyeon

Variasi Mul naengmyeon, bibim naengmyeon
Suhu penghidangan Sejuk
Nama alternatif Naeng-myeon
Bahan utama Mi (tepung dan kanji daripada gandum kuda, kentang, keledek)
Tempat asal Korea
Jenis Sup