Sejarah Neutrino

Pengesanan pertama neutrino

Neutrino kali pertama dipostulatkan pada bulan Disember 1930 oleh Wolfgang Pauli untuk menjelaskan spektrum tenaga dari pereputan beta, iaitu pereputan neutron menjadi proton dan elektron. Pauli membina teori bahawa sebuah zarah yang tidak dapat dikesan menjadi penyebab perbezaan antara tenaga dan momentum sudut dari zarah-zarah di awal dan di akhir pereputan. Disebabkan sifat "halimunannya", uji kaji pengesanan pertama neutrino harus menunggu hingga 25 tahun sejak pertama kali dibincangkan. Pada 1956, Clyde Cowan, Frederick Reines, F. B. Harrison, H. W. Kruse, dan A. D. McGuire menerbitkan rencana "Detection of the Free Neutrino: a Confirmation" dalam jurnal Science, sebuah hasil yang dianugerahi Hadiah Nobel 1995.