Lain-lain Objek_Sihir_Harry_Potter

Pemutar Masa

Hermione Granger telah menggunakan pemutar masa ini untuk memudahkan dia menghadiri sesuatu kelas yang lain pada masa yang sama. Selain itu, fungsi pemutar masa ini juga membolehkan Hermione kembali pada masa yang telah lalu. Dia telah mendapat pemutar masa tersebut daripada Profesor McGonagal setelah mendapat kelulusan Kementerian Sihir. Rahsia itu terbongkar apabila dia dan Harry ingin menyelamatkan Sirius Black di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban. Pemutar masa berfungsi dengan menganjakkan masa si pemakai ke belakang selama sejam setiap kali satu putaran.

Peta Penjarah

Peta ini merupakan peta yang menunjukkan segala laluan Hogwarts dan sekitarnya serta turut memaparkan laluan rahsia dan kedudukan setiap orang. Peta ini telah dicipta oleh Moony, Wormtail, Padfoot dan Prongs. Peta ini pernah disita oleh Filch tetapi telah ditemui oleh Fred dan George Weasley dan kini digunakan oleh Harry Potter.

Pensieve

Pensieve merupakan sebuah bekas berbentuk besen batu yang mengandungi cecair perak. Cecair perak tersebut adalah memori yang dikeluarkan dari otak dengan menggunakan tongkat sakti. Sesiapa jua boleh memasuki ke dalam memori yang terdapat di dalam pensieve dengan memasukkan kepala atau badan ke dalamnya. Harry pernah memasuki pensieve Profesor Dumbledore dan Profesor Snape tanpa sengaja.

Posyen

Barangan Sihir Weasley

Batu Hikmat

Kodok Coklat

Cermin Ajaib Sirius

Horcrux

Rencana utama: Horcrux

Horcrux merupakan nama bagi objek tempat seseorang dapat melindungkan sebahagian rohnya. Walaupun jasadnya diserang atau dimusnahkan, namun mereka tidak akan mati kerana sebahagian daripada roh mereka masih lagi kekal.

Lord Voldemort telah memecahkan rohnya kepada 7 bahagian yang menurutnya nombor yang ajaib dan berkuasa. Harry dan Albus Dumbledore telah pergi ke suatu tempat yang pada keyakinan Dumbledore merupakan dimana tempat salah satu Horcrux disembunyikan namun Dumbledore telah mensia-siakan tenaganya apabila memperoleh Horcrux palsu. Horcrux sebenar telah dicuri oleh R.A.B. Horcrux Voldemort telah dimusnahkan kesemuanya dalam siri terakhir iaitu Harry Potter dengan Azimat Maut.

Howler

Jubah Halimunan

Harry telah menerima Jubah Halimunan sebagai hadiah Krismas pada tahun pertamanya daripada pengetua Hogwarts, Professor Dumbledore. Jubah Halimunan berfungsi melindungi Harry dan kelihatan Harry telah lesap. Ia juga adalah harta pusaka dari ayahnya, James Potter.

Cermin Tarsah

Gambar dan Potret

Remembrall

Sebuah bola kecil yang akan mengeluarkan kepulan asap merah apabila seseorang yang terlupa akan sesuatu ketika memegangnya. Pada tahun pertama, Neville Longbottom telah menerima sekotak hadiah daripada neneknya dan mendapati ia adalah remembrall.

Sneakoskop

Topi Pengisih diletakkan di atas kepala Harry Potter.

Topi Pengisih

Topi pengisih adalah topi yang menentukan rumah seseorang pelajar yang baru. Topi pengisih akan diletakkan di kepala setiap murid tahun pertama di Hogwarts dan akan melaungkan rumah yang bakal diduduki oleh pelajar tersebut. Topi pengisih menceritakan sendiri yang dia pernah wujud ketika Hogwarts mula diasaskan lagi.

Catur Sihir