Operasi_Crossroads

Operasi Crossroads merupakan suatu penjalanan ujian senjata nuklear dilakukan oleh pihak Amerika Syarikat di Atol Bikini, Kepulauan Marshall pada pertengahan tahun 1946. Pengujian ini pertama kali dilakukan sejak ujian Trinity dalam Projek Manhattan pada bulan Julai 1945 serta peletupan alat nuklear sejak pengeboman atom Nagasaki pada 9 Ogos tahun sama. Pengujian ini diketuai Naib Laksamana William H. P. Blandy dilakukan bertujuan menyiasat kesan senjata nuklear pada kapal perang. Satu armada didirikan daripada sebanyak 95 buah kapal sasaran telah dilabuhkan di Lagun Bikini sebelum kemudiannya ditimpa dua letupan senjata nuklear jenis ledakan plutonium Fat Man sepertimana yang dijatuhkan di Nagasaki, masing-masing dengan muatan sebanyak 23 kilotons of TNT (96 TJ) .