Persediaan Operasi_Crossroads

Kelengkapan pengujian

Satu siri tiga ujian disyorkan untuk mengkaji kesan senjata nuklear ke atas kapal, peralatan dan bahan lain. Kawasan sekitar diselidiki agar memenuhi kriteria tertentu untuk tapak pengujian yang sesuai:

  • Tapak ujian ditetapkan serta dipastikan agar harus berada di wilayah yang dikuasai oleh Amerika Syarikat.
  • Kawasan yang dipilih mesti tidak berpenghuni dalam jarak sekurang-kurangnya 300 batu (500 km) jauh dari bandar terdekat, maka seberapa penduduk yang ada juga perlu dipindahkan jauh dari bandar terdekat.
  • Ada pangkalan udara dalam jarak 1,000 batu (1,600 km) memudahkan pesawat B-29 dapat menjatuhkan bom. Untuk memasukkan kapal sasaran, ia perlu mempunyai pelabuhan yang dilindungi sekurang-kurangnya 6 batu (10 km) lebar.

Corak cuaca persekitaran juga diamati sama ada ia boleh diramalkan serta bebas dari ribut yang hebat dan ganas. Angin yang dapat diramalkan akan mengelakkan bahan radioaktif ditiup balik kepada kakitangan pasukan petugas, dan arus samudera yang dapat diramalkan akan membolehkan bahan-bahan yang dapat dijauhkan dari lorong perkapalan, kawasan penangkapan ikan, dan pantai yang didiami. [1] Pemasaan sangat penting memandangkan tenaga kerja Tentera Laut diperlukan untuk menggerakkan kapal-kapal itu sedang ditamatkan tugas aktif berikutan tamatnya Perang Dunia Kedua serta para saintis awam yang berpengetahuan tentang senjata atom telah meletakkan jawatan mereka dalam pekerjaan persekutuan untuk mengajar perguruan tinggi.[2]

Akhirnya pada 24 Januari, Lagun Bikini dipilih untuk dua pusingan pertama pengujian ini yang dirancang pada awal tahun 1946[3] Of the possible places given serious consideration, including Ecuador's Galápagos Islands,[4] Bikini offered the most remote location with a large protected anchorage, suitable but not ideal weather,[5] and a small, easily moved population. It had come under exclusive United States control on January 15, when Truman declared the United States to be the sole trustee of all the Pacific islands captured from Japan during the war.

Pemindahan warga Bikini

167 penduduk Pulau Bikini mula kali mengetahui nasib mereka empat hari kemudian pada hari Ahad 10 Februari, ketika Komodor Ben H. Wyatt selaku gabenor tentera yang memerintah Kepulauan Marshall, tiba ke atol ini dari kapal air di Kwajalein. Wyatt cuba meyakinkan mereka dengan menjelaskan situasi mereka yang dilihat seumpama "Bani Israel diselamatkan Tuhan yang membawa mereka ke Tanah Dijanjikan" sepertimana yang diceritakan dalam kisah-kisah Bible didakwah para mubaligh Protestan kepada penduduk atol; Wyatt turut menyatakan ia adalah "untuk kebaikan manusia dan untuk mengakhiri semua peperangan dunia." Maskipun tiada perjanjian bertulis diberikan, namun Wyatt sendiri menyaksikan persetujuan daripada orang ramai dan penghulu mereka bernama Juda yang merasa berbangga menjadi sebahagian daripada usaha yang luar biasa ini." [6] Pada 6 Mac, Wyatt cuba merakam semula insiden ini sebagai bahan bukti persetujuan tersebut, namun Juda si penghulu berseloroh "Kami bersedia untuk pergi. Segala-galanya berada di tangan Tuhan. " Keesokan harinya, LST-861 memindahkan kesemua mereka dan barang-barang mereka secara kekalnya 128 batu (206 km) jauh arah timur ke Atol Rongerik yang tidak berpenghuni.[7]

Semua 167 penduduk asli dipindahkan 128 batu (206 km) timur ke Atol Rongerik tidak berpenghuni.
Ujian-ujian dijalankan dalam Operasi Crossroads
NamaTarikh, masa (UTC)LokasiKetinggian + ketinggianPenghantaranTujuanPerantiHasilRujukan
AbleJun 30, 1946 21: 00: 01.0NE Lagoon, Atol Bikini 11°35′N 165°30′E / 11.59°N 165.50°E / 11.59; 165.500 + 158 m (518 ka)Diterjunkan bebasMenguji kesan senjataMk III "Gilda"23  kt[8] [9] [10] [11]
Baker24 Julai 24, 1946 21: 34: 59.8NE Lagoon, Atol Bikini 11°35′N 165°30′E / 11.59°N 165.50°E / 11.59; 165.500 - 27.5 m (90 ka)Dasar lautMenguji kesan senjataMk III "Helen of Bikini"23  kt
Charlie
(dibatalkan)
Mac 1, 1947NE Lagoon, Atol Bikini

11°34′N 165°31′E / 11.57°N 165.51°E / 11.57; 165.51

0 - 50 m (160 ka)Dasar lautMenguji kesan senjataMk III23  kt