Orang_Cina_Singapura

Orang Cina Singapura (Cina: ringkas 新加坡华人, tradisional 新加坡華人, pinyin Xīnjiāpō Huárén, Kantonis jyutping san1gaa1po1 waa4 jan4) merupakan orang Cina penuh atau sebahagian – umumnya etnik Han – berdasarkan kerakyatan Singapura. Pada tahun 2011, Orang Cina Singapura membentuk 74.1% daripada penduduk Singapura – kira-kira tiga daripada empat rakyat Singapura – membuatkan mereka kelompok etnik terbesar di Singapura.[1] Selain Tanah Besar China, Singapura merupakan satu-satunya negara didunia dimana orang Cina merupakan majoriti penduduk negara tersebut dan juga dalam semua lapisan masyarakat, politik dan ekonomi Singapura.[2][3] Ia adalah negara kelima yang terbesar bagi Orang Cina seberang laut, di belakang orang Cina di Thailand, Indonesia, Malaysia dan Amerika Syarikat.Orang Cina di Singapura lebih cenderung untuk memperkenalkan diri mereka terutamanya sebagai rakyat Singapura (ringkas 新加坡人, tradisional 新加坡人, pinyin Xīnjiāpōrén) dan hanya sekunder sebagai Cina. Walau bagaimanapun, bahasa Cina lebih cenderung untuk dilihat sebagai status orang Cina terutamanya. Oleh itu, istilah Inggeris "Cina Singapura" dan "orang Cina di Singapura" digunakan secara gantian. Dalam bahasa Cina, walaupun Cina Singapura jelas membezakan diri mereka sebagai Cina sepenuhnya (ringkas 华人, tradisional 華人, pinyin Huárén) berbanding Orang Cina seberang laut (ringkas 华裔, tradisional 華裔, pinyin Huáyì; ringkas 华侨, tradisional 華僑, pinyin Huáqiáo).[petikan diperlukan] Kumpulan yang berasingan adalah Cina peranakan, yang merupakan keturunan dari etnik Cina yang berkahwin dengan orang Melayu asli dan telah mengembangkan budaya yang unik dimana ianya berbeza dengan majoriti kaum Cina.