Geografi Oslo

Walaupun Norway Timur memiliki banyak sungai, mempunyai beberapa sungai, ia tidak mengalir ke pusat bandar Oslo. Sebaliknya Oslo mempunyai dua sungai yang lebih kecil: Akerselva dan Alna. Air terjun Akerselva memberi kuasa kepada industri moden pertama Norway pada tahun 1840an. Seabad kemudian, sungai ini menjadi simbol kepada simbol kestabilan ekonomi Norway. Walaupun penduduk di bandar ini adalah lebih kecil berbanding dengan kebanyakan ibu negara di Eropah, ia mempunyai keluasan tanah yang luar biasa, di mana dua pertiga adalah kawasan perlindungan hutan, bukit-bukau serta tasik. Sempadannya merangkumi banyak taman-taman dan kawasan terbuka, memberikan satu keluasan bai kawasan lapang dan tanah hijau.

Iklim

Oslo rasminya mengalami iklim kebenuaan lembap (Dfb mengikut kepada sistem pengelasan iklim Köppen).[14] Disebabkan bandar ini latitud utara, waktu siang sangat berbeza, siang sekurang-kurangnya 18 jam ketika pertengahan musim panas dan kira-kira 6 jam ketika musim sejuklebih daripada 18 jam di pertengahan musim panas, apabila ia tidak pernah mendapat gelap pada waktu malam, kepada kira-kira 6 jam di pertengahan musim sejuk.[15]

Suhu tertinggi Oslo boleh mencecah sehingga 19–24 °C (66–75 °F) dan paling sejuk sekitar suhu 12 °C (54 °F). Suhu tertinggi pernah direkodkan pada suhu 35 °C (95 °F) pada 21 Julai 1901.[16] Musim sejuk di bandar ini terlalu sejuk dan bersalji dan suhunya mencecah di antara −7 °C (19 °F)sehingga −1 °C (30 °F). Suhu paling dingin direkodkan pada −27.1 °C (−16.8 °F) pada January 1942.[17]

Pada Julai 2014, Oslo mengalami salah satu daripada bulan musim panas paling panas pernah dicatatkan dengan suhu purata bulanan pada 20.8 °C (69.4 °F), suhu purata tertinggi pada 26.8 °C (80.2 °F) dan suhu purata terendah pada 15.3 °C (59.5 °F).[18]

Purata hujan tahunan pula ialah 763 milimeter (30.0 in) dengan hujan sederhana sepanjang tahun. Musim salji bermula dari bulan Oktober hingga Mei, tetapi pengumpulan salji berlaku terutamanya dari Januari sehingga Mac. Hampir setiap musim sejuk, ais terbentuk pada bahagian paling dalam Oslofjord dan juga pada musim sejuk membeku seluruh dalaman fiord. Disebabkan Oslo berada kedudukan jauh dari lautan Atlantik, fiord besar boleh menjadi beku sepenuhnya walaupun peristiwa ini jarang berlaku.[19] Oslo menerima sekitar 1,650 jam cahaya matahari setiap tahun iaitu kira-kira purata bagi bahagian utara Eropah.

Data iklim untuk Oslo (1961-1990)
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Rekod tertinggi °C (°F)12.5
(54.5)
13.8
(56.8)
21.5
(70.7)
25.4
(77.7)
29.8
(85.6)
33.7
(92.7)
33.4
(92.1)
34.2
(93.6)
26.4
(79.5)
21.0
(69.8)
14.4
(57.9)
12.6
(54.7)
34.2
(93.6)
Purata tinggi °C (°F)−1.8
(28.8)
−0.9
(30.4)
3.5
(38.3)
9.8
(49.6)
15.8
(60.4)
20.4
(68.7)
21.5
(70.7)
20.1
(68.2)
15.1
(59.2)
9.3
(48.7)
3.2
(37.8)
−0.5
(31.1)
9.6
(49.3)
Min harian °C (°F)-4.3
(24.3)
-4.0
(24.8)
-0.2
(31.6)
4.5
(40.1)
10.8
(51.4)
15.2
(59.4)
16.4
(61.5)
15.2
(59.4)
10.8
(51.4)
6.3
(43.3)
0.7
(33.3)
-3.1
(26.4)
5.7
(42.3)
Purata rendah °C (°F)−6.8
(19.8)
−6.8
(19.8)
−3.3
(26.1)
0.8
(33.4)
6.5
(43.7)
10.6
(51.1)
12.2
(54)
11.3
(52.3)
7.5
(45.5)
3.8
(38.8)
−1.5
(29.3)
−5.6
(21.9)
2.4
(36.3)
Rekod terendah °C (°F)-26.0
(-14.8)
-24.9
(-12.8)
-21.3
(-6.3)
-14.9
(5.2)
-3.4
(25.9)
1.4
(34.5)
5.0
(41)
3.7
(38.7)
-3.3
(26.1)
-8.0
(17.6)
-16.0
(3.2)
-20.8
(-5.4)
Kerpasan mm (inci)49
(1.93)
36
(1.42)
47
(1.85)
41
(1.61)
53
(2.09)
65
(2.56)
81
(3.19)
89
(3.5)
90
(3.54)
84
(3.31)
73
(2.87)
55
(2.17)
763
(30.04)
Curahan salji cm (inci)14.1
(5.55)
21.8
(8.58)
21.4
(8.43)
3.5
(1.38)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0.4
(0.16)
4.3
(1.69)
11.7
(4.61)
77.2
(30.39)
Kelembapan81787265646567727680808173.4
Purata hari kerpasan (≥ 1.0 mm)988781011111111109113
Purata hari salji12931000001121553
Jam cahaya matahari40761261782202502462161448651351,668
Sumber #1: Eklima, The Weather Network,[20] Minifacts about Norway (Statistics Norway)[21]
Sumber #2: yr.no

Rujukan

WikiPedia: Oslo http://www.cosmotourist.com/travel/d/i/2424901/t/o... http://www.dnv.com/publications/annual_reports/ar_... http://www.eca-international.com/news/press_releas... http://www.ekebergparken.com/en/ http://www.fdiintelligence.com/Locations/Europe/Eu... http://www.globetales.com/7-of-the-best-tourist-at... http://www.mercerhr.com/pressrelease/details.jhtml... http://www.norway.com/directories/d_company.asp?id... http://www.norway.com/directories/d_company.asp?id... http://www.oslosurf.com/innhold/00000038.shtml