Ekonomi Oslo

Oslo adalah pusat penting bagi pengetahuan pelayaran di Eropah dan adalah tapak kepada lebih-kurang 980 syarikat termasuk syarikat-syarikat perkapalan yang terbesar di dunia, ejen kapal dan insurans. [23] Det Norske Veritas, yang terletak di Høvik di luar Oslo, adalah salah satu dari tiga persatuan pengelasan yang utama di duna dengan mempunyai 16.5% daripada kapal-kapal di dunia di dalam daftarnya. [24]. Pelabuhannya adalah pelabuhan pengangkutan kargo yang terbesar di Norway dan adalah juga pintu masuk utama bagi penumpang-penumpang. Setiap tahun hampir 6000 kapal berlabuh di Pelabuhan Oslo yang membawa jumlah kargo seberat 6 juta ton dan lebih dari 5 juta penumpang.

Kawasan metropolitan Oslo menyumbangkan GDP (Hasil Dalam Negeri Kasar) NOK268.047 billion (€33.876 billion) pada tahun 2003, 17% dari GDP negara, memjadikannya salah satu kawasan yang mempunyai GDP yang tertinggi di Eropah. [25]

Oslo adalah antara bandar yang mempunyai kos penghidupan yang tertinggi di dunia mengikut kajian-kajian kos penghidupan sedunia oleh Mercer Human Resource Consulting [26] dan Economist Intelligence Unit.[27] Pendapatan dan juga cukai pendapatan adalah antara yang tertinggi di dunia. Mengikut kepada bank Switzerland, UBS pada bulan Ogos 2006, Oslo dan bandaraya metro London merupakan bandar termahal dunia.

Rujukan

WikiPedia: Oslo http://www.cosmotourist.com/travel/d/i/2424901/t/o... http://www.dnv.com/publications/annual_reports/ar_... http://www.eca-international.com/news/press_releas... http://www.ekebergparken.com/en/ http://www.fdiintelligence.com/Locations/Europe/Eu... http://www.globetales.com/7-of-the-best-tourist-at... http://www.mercerhr.com/pressrelease/details.jhtml... http://www.norway.com/directories/d_company.asp?id... http://www.norway.com/directories/d_company.asp?id... http://www.oslosurf.com/innhold/00000038.shtml