Sejarah Palembang

Fasa Kerajaan Sriwijaya

(Lihat: Kerajaan Sriwijaya )

Prasasti Kedukan Bukit bernombor 682 Masihi merupakan prasasti tertua yang dijumpai di Palembang. Prasasti ini menceritakan adanya pasukan besar yang datang dari Minanga Tamwan dengan perasaan suka cita. Sejarawan merujuk nombor pada prasasti ini sebagai hari lahir Sriwijaya, walaupun kemungkinan Palembang telah menjadi ibu kota kerajaan sebelum tahun tersebut.

Pada tempoh 850 - 1025 Masihi, Palembang merupakan bandar terkaya di Asia Tenggara, hal ini seiring dengan kemakmuran perdagangan Kerajaan Sriwijaya. Selain menjadi pusat perdagangan Timur Jauh, pada masa ini Palembang juga menjadi pusat pengajaran agama Buddha. Para pelajar dari China lebih banyak singgah di bandar ini untuk mempelajari agama Buddha sebelum melanjutkannya di India.

Pada tahun 990, Dharmawangsa dari Kerajaan Medang menyerang Palembang. Pada penyerangan ini istana kerajaan diserbu dan Palembang luluh lantak. Namun Culamanivarmadeva, raja yang berkuasa ketika itu, dapat menguasai keadaan dan memukul balik pasukan Jawa untuk kembali ke Medang. Palembang yang makmur itu kembali mendapat serangan dari pihak asing. Rajendra Chola dari Kerajaan Chola menjarah Palembang pada tahun 1025. Setelah menghancurkan Palembang dan menawan rajanya, tentera Chola menjarah harta kerajaan yang melimpah ruah sebagai harta rampasan perang.

Dengan penyerangan ini situasi kerajaan tidak terkawal yang mengakibatkan pindahnya ibukota Sriwijaya ke Jambi. Sejak perpindahan ini Palembang hanya menjadi bandar pelabuhan sederhana yang tidak bererti lagi bagi para peniaga asing.

Fasa Runtuhnya Kerajaan Sriwijaya

Setelah keruntuhan Sriwijaya, tidak ada kuasa besar yang mengawal bandar. Pada masa itu di Palembang dan sekitarnya bermunculan kuasa-kuasa tempatan seperti kumpulan Panglima Bagus Kuning di hilir Sungai Musi, kumpulan Si Gentar Alam di daerah perbukitan, kumpulan Tuan Bosai dan Junjungan Kuat di daerah hulu Sungai Komering, kumpulan Panglima Gumay di sepanjang Bukit Barisan, dan sebagainya. ((fact)) Selain itu beberapa peniaga China menjadikan bandar ini sebagai pangkalan perniagaan mereka. Orang Laut juga menjadikan Palembang sebagai markas mereka sebagai bajak laut.

Pada fasa inilah muncul putera Sriwijaya yang terakhir, Parameswara. Setelah penyerangan Majapahit ke Palembang, Parameswara bersama Sang Nila Utama pergi melarikan diri ke Tumasik. Di sana ia membunuh gabenor Tumasik yang berkebangsaan Thai. Sewaktu pasukan Thai akan menyerang Tumasik, Parameswara bersama pengikutnya pindah ke Melaka di Semenanjung Malaya, dan mendirikan Kerajaan Melaka. Parameswara memeluk Islam untuk berkahwin dengan puteri Samudera Pasai dan mengganti namanya menjadi Sultan Iskandar Shah. Melaka berkembang pesat pada abad ke-15 sehingga Parameswara menjadi sebagai penguasa tunggal perairan Selat Melaka dan sekitarnya, bahkan Palembang akhirnya berada di bawah pengaruhnya.

Fasa Kesultanan Palembang Darussalam

((Rencana | Kesultanan Palembang))

Hancurnya Majapahit di Jawa secara tidak langsung memberikan andil pada kekuatan lama hasil dari Ekspedisi Pamalayu di Sumatera. Beberapa tokoh penting di balik hancurnya Majapahit seperti Raden Patah, Ario Dillah (Ario Damar), dan Pati Unus merupakan tokoh-tokoh yang erat kaitanya dengan Palembang. Setelah Kesultanan Demak yang merupakan pengganti Majapahit di Jawa berdiri, di Palembang tak lama kemudian berdiri pula Kesultanan Palembang Darussalam dengan "Susuhunan Abddurrahaman Khalifatul Mukmiminin Sayyidul Iman" sebagai raja pertamanya. Kerajaan ini mengahwinkan dua kebudayaan, maritim peninggalan dari Sriwijaya dan agraris dari Majapahit dan menjadi pusat perdagangan yang paling besar di Semenanjung Melayu pada masanya. Salah satu raja yang paling terkenal pada masa ini adalah Sultan Mahmud Badaruddin II yang sempat menang tiga kali pada pertempuran melawan Eropah (Belanda dan Inggeris).

Fasa Kolonialisme

Fail:Visitmusilogo.jpg Logo "Visit Musi 2008"

Setelah jatuhnya Kesultanan Palembang Darussalam pasca kekalahan Sultan Mahmud Badaruddin II pada pertempuran besar yang melibatkan Jeneral de Kock, Palembang nyaris menjadi kerajaan bawahan. Beberapa sultan selepas Sultan Mahmud Badaruddin II yang menyatakan menyerah kepada Belanda, berusaha untuk memberontak tetapi kesemuanya gagal dan berakhir dengan pembumihangusan bangunan kesultanan. Setelah itu Palembang dibahagikan menjadi dua Keresidenan besar, dan pemukiman di Palembang dibahagi menjadi daerah Ilir dan Ulu.

Sekarang

Kota Palembang telah dicanangkan oleh Presiden RI Susilo Bambang Yudhoyono sebagai "Kota Wisata Air" pada tarikh 27 September 2005. Presiden mendedahkan bahawa Palembang dapat dijadikan bandar pelancongan air seperti Bangkok di Thailand dan Phnom Penh di Kemboja. Tahun 2008 Kota Palembang menyambut kunjungan wisata dengan nama "Visit Musi 2008".

Masa Depan

Palembang sekarang menjadi kota metropolitan di Indonesia yang menganjurkan pesta sukan-sukan Internasional. Pada 2011 Palembang menganjurkan Sukan SEA 2011 dan pada 2018 menjadi tuan rumah Sukan Asia 2018 yang juga diadakan di Jakarta.[petikan diperlukan]