Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Malaysia
Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Malaysia

Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Malaysia

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dahulunya dikenali sebagai Pasukan bola sepak kebangsaan Tanah Melayu ialah merupakan pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan bola sepak Malaysia diiktiraf oleh FIFA sebagai pengganti kepada pasukan bola sepak Tanah Melayu yang telah dibubarkan. Pasukan ini ditubuhkan pada kejohanan Pestabola Merdeka 1963 sebulan sebelum terbentuknya Malaysia.[r 1] Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF ASEAN, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010. Pasukan ini juga mencipta rekod terbaik kedua apabila bergelar naib juara Piala AFF Suzuki 2018 apabila tewas agregat 2-3 kepada Vietnam.Pasukan bola sepak Malaysia digelar Harimau Malaya, Harimau Malaysia[8] dan Skuad Kebangsaan. Gelaran Skuad Kebangsaan telah digunakan oleh media seperti New Straits Times dan Utusan sejak era 70-an.Malaysia mempunyai ramai pemain ternama seperti pemain lagenda, Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari yang mengetuai Malaysia pada zaman keemasan semasa 1970-an hingga awal 1980-an. Sebelum itu, Raja Bola Malaysia, Abdul Ghani Minhat ialah pemain yang terbaik dan menjadi pemain terbaik seluruh Malaya pada 1950-an hingga awal 1960-an. Pada masa ini, Ghani memegang rekod sepanjang zaman di Malaysia dengan jaringan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan dan menjaringkan 11 gol untuk Malaysia di dalam kemenangan 15-1 terhadap Filipina. Kemenangan 15-1 ialah rekod kemenangan tertinggi bagi pasukan kebangsaan dan rekod itu masih belum dapat dipecahkan sehingga kini. Untuk generasi terkini, Malaysia berjaya melahirkan 2 penjaga gol terbaik negara, iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) & Farizal Marlias. Di dalam Kedudukan Dunia FIFA, kedudukan tertinggi Malaysia adalah dalam keluaran pertama perangkaan tersebut iaitu pada bulan Ogos 1993, pada tangga ke-75. Lawan utama Malaysia di pentas antarabangsa ialah negara jirannya, Indonesia dan Singapura, dan perlawanan-perlawanan sebelum ini di antara dua pasukan ini selalunya penuh dramatik.Dengan memenangi Kejohanan Bola Sepak ASEAN, pasukan kebangsaan dikatakan adalah antara pasukan yang paling berjaya di Asia Tenggara bersama-sama dengan Thailand, Singapura, Indonesia dan Vietnam dan masih lagi di dalam memperbaiki diri sendiri.

Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Malaysia

Stadium tuan rumah Stadium Nasional Bukit Jalil
Konfederasi AFC (Asia)
Penjaring terbanyak Mokhtar Dahari (125)[3]
Keputusan terbaik Pusingan 1 (1976, 1980, 2007)
Kedudukan tertinggi Elo 60 (1 Mac 1977)
Kedudukan terendah Elo 185 (September 2018)
Kapten Aidil Zafuan[1]
Kemunculan 3 (Kali pertama pada 1976)
Gelaran Harimau Malaya
Skuad Kebangsaan
Kedudukan tertinggi FIFA 75 (Ogos 1993)
Kaps terbanyak Soh Chin Aun (252)[2]
Kedudukan FIFA 154 ▲ 4 (28 November 2019)[4]
Kedudukan Elo 158 ▲ 18 (25 November 2019)[5]
Sub-konfederasi AFF (Asia Tenggara)
Ketua jurulatih Tan Cheng Hoe
Kod FIFA MAS
Persatuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Kedudukan terendah FIFA 178 (15 Mac 2018)
Anugerah Sukan Asia Jakarta 1962 Pasukan Tehran 1974 Pasukan Sukan Asia Tenggara Thailand 1959 Pasukan Myanmar 1961 Pasukan Myanmar 1969 Pasukan Malaysia 1971 Pasukan Singapura 1973 Pasukan Thailand 1975 Pasukan Malaysia 1977 Pasukan Indonesia 1979 Pasukan Filipina 1981 Pasukan Singapura 1983 Pasukan Thailand 1985 Pasukan Indonesia 1987 Pasukan Malaysia 1989 Pasukan Sukan AsiaSukan Asia Tenggara

Rujukan

WikiPedia: Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Malaysia http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=... http://www.bernama.com/bernama/v5/newssport.php?id... http://www.fifa.com/associations/association=mas/f... http://www.fifa.com/associations/association=mas/i... http://www.harimaumalaya.com/ http://www.mysinchew.com/node/13264?tid=14 http://www.nike.com/nikefootball/teams/malaysia?lo... http://www.rsssf.com/tablesm/malay-intres.html http://www.rsssf.com/tablesp/presgold.html#83 http://www.rsssf.com/tablesv/vietnatday.html