Pegawai_muda

Pegawai muda (junior officer), pegawai kompeni atau pegawai rendah kompeni merujuk kepada kategori pangkat operasi terendah pegawai bertauliah sesebuah organisasi tentera atau separa tentera, berada di atas pegawai tidak tauliah dan dibawah pegawai kanan.Istilah pegawai kompeni atau pegawai rendah kompeni digunakan lebih banyak dalam Tentera Darat, Tentera Udara, atau Kor Marin kerana pangkat kapten, gred leftenan dan pangkat subaltern yang lain berasal dari pegawai yang memerintah sesebuah kompeni atau setaraf dengannya (skuadron kavalri/trup dan pasukan artileri).[1][sumber tak boleh dipercayai?]Dalam kebanyakan angkatan tentera, pegawai muda secara khususnya ialah pegawai bertauliah yang memegang pangkat setaraf dengan leftenan tentera laut, kapten tentera darat atau flait leftenan kebawah.[perlu rujukan]Di dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, istilah pegawai muda digunakan oleh Tentera Laut, Pengawal Pantai, Kor Kesihatan Awam, dan Kor NOAA bagi pegawai-pegawai berpangkat ketua pegawai waran (W-2 hingga W-4), ensain (O-1), leftenan muda (O-2), leftenan (O-3), dan leftenan komander (O-4).[perlu rujukan]