Kegunaan Pemacu_kilat_USB

  • Menyimpan dan mengangkut data - kegunaan paling utama.
  • Kerja membaiki komputer - pemacu kilat USB boleh digunakan sebagai peranti sandaran (backup) bagi pengangkutan pemulihan ataupun boleh mengangkut sesetengah antivirus bagi memulihkan PC yang dijangkiti virus.
  • Pentadbiran sistem - pemacu kilat USB boleh menyimpan konfigurasi sistem serta perisian utiliti bagi tujuan penyelenggaran sistem komputer.
  • Pembawa aplikasi - pemacu kilat USB boleh membawa perisian aplikasi yang tidak memerlukan pemasangan agar dapat digunakan pada mana-mana komputer tanpa pemasangan.
  • Pemain audio - banyak syarikat yang mengeluarkan pemain audio digital peribadi dalam bentuk pemacu kilat USB, misalnya Creative Labs MuVo dan beberapa model Walkman oleh Sony.
  • Memulakan sistem pengoperasian - pemacu kilat juga boleh digunakan bagi tujuan memulakan sistem pengoperasian, jika BIOS pada sesetengah papan induk membenarkan pemacu kilat digunakan sebagai peranti pemula sistem pengoperasian.
  • Dalam permainan komputer - sesetengah permainan membolehkan pemain menyimpan markah, imej skrin dan sebagainya di dalam pemacu kilat.
  • Windows Vista ReadyBoost - teknologi ReadyBoost pada Windows Vista membolehkan pengguna menggunakan pemacu kilat bagi menambah baik prestasi ingatan komputer.
  • Media rakaman muzik - kini terdapat set hi-fi rumah serta set audio kereta yang turut menyertakan port USB]], membolehkan lagu-lagu daripada pemacu kilat USB dimainkan secara terus. Selain itu, terdapat juga artis seperti Kanye West[8] , Nine Inch Nails dan Ayumi Hamasaki [9] yang turut menjual album mereka dalam bentuk pemacu kilat USB.