Kategori Pembelajinakan_haiwan

Pembelajinakan dapat dianggap sebagai fasa terakhir bagi intensifikasi dalam hubungan antara subpopulasi haiwan atau tumbuhan dengan masyarakat manusia, tetapi terbahagi kepada beberapa gred intensifikasi.[48] Untuk kajian dalam pembelajinakan haiwan, para penyelidik telah mencadangkan lima kategori tersendiri: liar, liar tangkapan, bela jinak, baka silang, dan jalang.[15][49][50]

Haiwan liarTertakluk kepada pemilihan semula jadi, tetapi tindakan peristiwa demografik dan pemilihan buatan terdahulu yang diaruh oleh pengurusan buruan atau pemusnahan habitat tidak dapat dikecualikan.[50]Haiwan liar tangkapanLangsung terkesan oleh pengenduran pemilihan semula jadi yang dikaitkan dengan penyuapan, pembiakbakaan, dan perlindungan/pengurungan oleh manusia, dan intensifikasi pemilihan buatan melalui pemilihan pasif untuk haiwan yang lebih sesuai terhadap pengurungan.[50]Haiwan bela jinak (domestik)Tertakluk kepada pemilihan buatan terintensifikasi melalui amalan penternakan dengan pengenduran pemilihan semula jadi dengan pengurungan dan pengurusan.[50]Haiwan baka silangKacukan genetik bagi induk liar dan induk bela jinak. Dapat ada bentuk-bentuk perantaraan antara kedua-dua induk ini, bentuk yang lebih serupa dengan salah satu induk berbanding dengan induk lagi satu, atau bentuk unik yang berbeza daripada kedua-dua induk. Kacukan dapat dibiakkan secara sengaja untuk ciri-ciri spesifik atau dapat muncul secara tidak sengaja akibat pertembungan dengan individu liar.[50]Haiwan jalang (feral)Haiwan bela jinak yang telah kembali kepada keadaan liar. Maka, haiwan ini mengalami pemilihan buatan kendur yang diaruh oleh persekitaran kurungan yang berpasangan dengan pemilihan semula jadi terintensifikasi yang diaruh oleh habitat liar.[50]

Pada tahun 2015, satu kajian yang membandingkan kepelbagaian saiz, rupa bentuk, dan alometri gigi dalam kategori-kategori pembelajinakan tercadang bagi babi moden (genus Sus). Kajian ini menunjukkan perbezaan jelas antara fenotip gigi bagi populasi babi liar, liar tangkapan, bela jinak, dan kacukan, yang menyokong kategori-kategori tercadang melalui bukti fizikal. Kajian ini tidak meliputi populasi babi jalang tetapi menyeru agar penyelidikan lanjut dilakukan terhadap populasi berkenaan, dan terhadap perbezaan genetik dengan babi kacuk.[50]

Rujukan

WikiPedia: Pembelajinakan_haiwan http://www.uesc.br/cursos/pos_graduacao/mestrado/a... http://www.kora.ch/malme/05_library/5_1_publicatio... http://www.la-press.com/the-genetic-architecture-o... http://www.palaeobarn.com/sites/domestication.org.... http://www.palaeobarn.com/sites/domestication.org.... http://www.palaeobarn.com/sites/domestication.org.... http://www.palaeobarn.com/sites/domestication.org.... http://expeng.anr.msu.edu/sites/animalwelfare/file... http://www.hum.utah.edu/~bbenham/2510%20Spring%200... http://iliauni.edu.ge/uploads/other/15/15586.pdf