Laluan Pembelajinakan_haiwan

Sejak tahun 2012, satu model berbilang peringkat bagi pembelajinakan haiwan telah diterima oleh dua kelompok. Kelompok pertama mencadangkan bahawa pembelajinakan haiwan berterusan sepanjang keselanjaran peringkat daripada antropofili, komensalime, kawalan di alam liar, kawalan haiwan kurungan, pembiakbakaan ekstensif, pembiakbakaan intensif, dan akhirnya kepada haiwan peliharaan dalam hubungan perlahan yang beransur kuat antara manusia dengan haiwan.[39][48]

Kelompok kedua mencadangkan bahawa terdapat tiga laluan utama yang diikuti oleh kebanyakan calon haiwan bela jinak ke dalam pembelajinakan: (1) komensal, teradaptasi terhadap nic manusia (contohnya, anjing, kucing, unggas, mungkin babi); (2) haiwan mangsa yang dicari sebagai makanan (contohnya, biri-biri, kambing, lembu, kerbau, yak, babi, rusa kutub, llama, alpaka, dan ayam belanda); dan (3) haiwan sasaran untuk sumber buruh dan sumber bukan makanan (contohnya, kuda, keldai, unta).[7][12][16][17][18][19][20][21][22] Permulaan pembelajinakan melibatkan proses koevolusi berpanjangan dengan berbilang peringkat sepanjang laluan berlainan. Manusia tidak berniat untuk membelajinakkan haiwan sama ada daripada laluan komensal atau laluan mangsa, atau sekurang-kurangnya tidak membayangkan haiwan bela jinak daripada laluan-laluan berkenaan. Dalam kedua-dua kes ini, manusia menjadi terikat dengan spesies ini sebaik hubungan antara kedua-duanya, serta peranan manusia dalam kemandirian dan pembiakan haiwan berkenaan, menjadi kukuh.[7] Walaupun laluan terarah berlangsung daripada penangkapan kepada penjinakan, kedua-dua laluan lain tidak berorientasikan matlamat dan catatan arkeologi mencadangkan bahawa peristiwa-peristiwa itu berlangsung dalam jangka masa lebih panjang.[39]

Laluan komensal

Laluan komensal dilalui oleh vertebrat yang memakan sampah di sekitar habitat manusia atau oleh haiwan yang memangsakan haiwan lain yang tertarik oleh perkhemahan manusia. Haiwan tersebut mengasaskan hubungan komensal dengan manusia yang dalamnya haiwan tersebut menerima manfaat tetapi manusia tidak menerima sebarang kemudaratan tetapi hanya sedikit manfaat. Haiwan yang paling mampu mengambil kesempatan daripada sumber yang berhubung kait dengan perkhemahan manusia sepatutnya menjadi individu lebih jinak dan kurang agresif dengan jarak lari atau lawan lebih pendek.[51][52][53] Kemudian, haiwan ini mengembangkan ikatan sosial atau ekonomi rapat dengan manusia yang membawa kepada hubungan domestik.[7][12][16] Lompatan daripada populasi sinantrop kepada populasi domestik hanya dapat berlaku selepas haiwan itu berprogres daripada antropofili kepada pembiasaan, kepada komensalisme dan perkongsian, apabila hubungan antara haiwan dengan manusia sepatutnya menyediakan asas untuk pembelajinakan, termasuk pengurungan dan pembiakan kawalan manusia. Dari sudut pandangan ini, pembelajinakan haiwan ialah proses koevolusi yang dalamnya sesuatu populasi bergerak balas terhadap tekanan terpilih sementara beradaptasi terhadap nic baharu yang menyertakan spesies lain dengan tingkah laku yang mengalami evolusi.[7] Haiwan laluan komensal termasuklah anjing, kucing, unggas, dan mungkin babi.[23]

Pembelajinakan haiwan bermula pada lebih daripada 15,000 tahun sebelum kini (YBP), bermula dengan serigala kelabu (Canis lupus) oleh para pemburu-pemungut nomad. Hanya mulai 11,000 tahun lalu, manusia yang tinggal di Timur Dekat memasuki hubungan dengan populasi liar bagi aurochs, babi hutan, biri-biri, dan kambing. Kemudian, proses pembelajinakan mula berkembang. Serigala kelabu paling mungkin sekali mengikuti laluan komensal kepada pembelajinakan. Titik masa, tempat, dan bilangan kali serigala kelabu mungkin telah dibelajinakkan kekal diperdebatkan kerana hanya sebilangan kecil spesimen purba telah ditemukan, dan kedua-dua arkeologi dan genetik terus menyediakan bukti bercanggah. Tinggalan anjing paling awal yang paling diterima meluas bertarikh kembali ke 15,000 YBP, iaitu kepada anjing Bonn–Oberkassel. Tinggalan-tinggalan lebih awal yang bertarikh kembali ke 30,000 YBP telah diperihalkan sebagai anjing paleolitik. Walau bagaimanapun, status tinggalan-tinggalan ini sebagia anjing atau serigala kekal diperdebatkan. Kajian-kajian terkini menandakan bahawa pencapahan genetik berlaku antara anjing dengan serigala 20,000-40,000 YBP. Walau bagaimanapun, ini merupakan had masa atasan untuk pembelajinakan kerana perwakilannya untuk masa pencapahan dan bukan masa pembelajinakan.[54]

Ayam merupakan salah satu spesies bela jinak paling meluas dan merupakan salah satu sumber protein terbesar di dunia bagi manusia. Walaupun ayam dibelajinakkan di Asia Tenggara, bukti arkeologi mencadangkan bahawa ia tidak disimpan sebagai spesies ternakan sehingga 400 SM di Levant.[55] Sebelum ini, ayam telah dihubungkaitkan dengan manusia selama beribu-ribu tahun dan disimpan untuk laga ayam, ritual, dan zoo diraja, maka ayam pada asalnya bukan spesies mangsa.[55][56] Ayam bukan makanan popular di Eropah sehingga hanya seribu tahun lalu.[57]

Laluan mangsa

Lembu susu bela jinak di India Utara

Laluan mangsa merupakan laluan yang dilalui oleh kebanyakan spesies ternakan utama untuk memasuki pembelajinakan kerana spesies ini pernah diburu oleh manusia untuk dagingnya. Pembelajinakan mungkin sekali dimulakan apabila manusia mula menguji kaji dengan strategi perburuan yang direka untuk meningkatkan ketersediaan mangsa-mangsa ini, mungkin sebagai gerak balas terhadap tekanan setempat mengenai bekalan haiwan itu. Masa berlalu dan dengan adanya spesies lebih responsif, strategi pengurusan buruan berkembang menjadi strategi pengurusan kawanan yang menyertakan kawalan berbilang generasi kekal terhadap pergerakan, penyuapan, dan pembiakan haiwan itu. Sebaik campur tangan manusia dalam kitaran hayat haiwan mangsa semakin mengukuh, tekanan evolusi untuk kekurangan agresi sepatutnya membawa kepada pemerolehan trait-trait sindrom pembelajinakan sama yang ditemukan pada haiwan bela jinak komensal.[7][12][16]

Haiwan laluan mangsa termasuklah biri-biri, kambing, lembu, kerbau, yak, babi, rusa kutub, llama, dan alpaka. Syarat-syarat yang betul untuk pembelajinakan untuk sesetengah haiwan ini kelihatannya telah ada di Hilal Subur tengah dan timur pada penghujung kemerosotoan iklim Dryas Muda dan pada permulaan Holosen Awal pada sekitar 11,700 YBP, dan menjelang 10,000 YBP, manusia lebih memilih untuk membunuh haiwan jantan muda daripada pelbagai spesies dan membolehkan haiwan betina hidup untuk menghasilkan lebih banyak anak.[7][12] Dengan mengukur profil saiz, nisbah jantian, dan mortaliti bagi spesimen zooarkeologi, para ahli arkeologi telah dapat mendokumenkan perubahan strategi pengurusan biri-biri, kambing, babi, dan lembu buruan di Hilal Subur mulai 11,700 YBP. Satu kajian demografi dan metrik terkini bagi tinggalan lembu dan babi di Sha'ar Hagolan, Israel, menunjukkan bahawa kedua-dua spesies itu diburu secara berlebihan sebelum pembelajinakan, lalu mencadangkan bahawa pengeksploitan intensif membawa kepada strategi pengurusan yang diguna pakai di seluruh rantau ini yang akhirnya membawa kepada pembelajinakan populasi-populasi ini mengikuti laluan mangsa. Pola pemburuan berlebihan ini sebelum pembelajinakan mencadangkan bahawa laluan mangsa tidak disengajakan dan tidak diniatkan sama seperti laluan komensal.[7][16]

Laluan terarah

Gembala Kazakh dengan kuda dan anjing. Kerja mereka ialah menjaga biri-biri daripada pemangsa.

Laluan terarah merupakan proses lebih sengaja dan terarah yang dimulakan oleh manusia dengan matlamat untuk membelajinakkan haiwan yang hidup bebas. Ini barang kali hanya terjadi sebaik manusia menjadi terbiasa sama ada dengan haiwan bela jinak laluan komensal atau haiwan bela jinak laluan mangsa. Haiwan-haiwan ini mungkin sekali tidak memiliki sebarang praadaptasi tingkah laku seperti yang ditunjukkan oleh sesetengah spesies sebelum pembelajinakan. Maka, pembelajinakan haiwan-haiwan ini memerlukan lebih usaha sengaja oleh manusia untuk berurusan dengan tingkah laku yang tidak membantu pembelajinakan, dengan peningkatan bagi bantuan teknologi yang diperlukan.[7][12][16]

Manusia sudah pun bergantung pada tumbuhan dan haiwan bela jinak apabila mereka membayangkan versi bela jinak bagi haiwan liar. Walaupun kuda, keldai, dan unta Dunia Lama kadang-kadang diburu sebagai spesies mangsa, haiwan-haiwan ini sengaja dibawa ke dalam nic manusia untuk sumber pengangkutan. Pembelajinakan masih merupakan adaptasi berbilang generasi terhadap tekanan pemilihan manusia, termasuk kejinakan, tetapi jika tidak ada gerak balas evolusi sesuai, pembelajinakan tidak tercapai.[7] Contohnya, walaupun pemburu bagi gazel Timur Dekat pada Epipaleolitik menghindari pembunuhan berlebihan bagi betina membiak untuk menggalakkan keseimbangan populasi, gazel[7][35] mahupun kuda belang[7][58] masih tidak mencapai prasyarat yang diperlukan dan tidak pernah dibelajinakkan. Tidak ada bukti nyata untuk pembelajinakan bagi mana-mana haiwan mangsa berkawan yang berasal dari Afrika.[7]

Berbilang laluan

Laluan yang mungkin telah diikuti oleh haiwan tidak saling eksklusif. Contohnya, babi mungkin telah dibelajinakkan sebaik populasi babi menjadi terbiasa terhadap nic manusia, yang lalu mencadangkan laluan komensal, atau mungkin telah diburu dan mengikuti laluan mangsa, atau kedua-duanya.[7][12][16]

Rujukan

WikiPedia: Pembelajinakan_haiwan http://www.uesc.br/cursos/pos_graduacao/mestrado/a... http://www.kora.ch/malme/05_library/5_1_publicatio... http://www.la-press.com/the-genetic-architecture-o... http://www.palaeobarn.com/sites/domestication.org.... http://www.palaeobarn.com/sites/domestication.org.... http://www.palaeobarn.com/sites/domestication.org.... http://www.palaeobarn.com/sites/domestication.org.... http://expeng.anr.msu.edu/sites/animalwelfare/file... http://www.hum.utah.edu/~bbenham/2510%20Spring%200... http://iliauni.edu.ge/uploads/other/15/15586.pdf