Takrif Pembelajinakan_haiwan

Pembelajinakan

Pembelajinakan telah ditakrifkan sebagai "hubungan berkesalingan berbilang generasi kekal yang dalamnya sesuatu organisma memperoleh suatu darjah ketara bagi pengaruh terhadap pembiakan dan penjagaan bagi organisma lagi satu untuk mengekalkan bekalan lebih mudah jangka bagi sumber kepentingan, dan yang melaluinya organisma pasangan memperoleh manfaat ke atas individu yang kekal di luat hubungan ini, lalu memanfaatkan dan kerap meningkatkan kebugaran bagi kedua-dua pembela jinak dan calon bela jinak sasaran."[1][12][27][28][29] Takrif ini mengiktiraf kedua-dua komponen biologi dan budaya bgai proses pembelajinakan dan kesan-kesannya terhadap manusia dan haiwan dan tumbuhan yang dibelajinakkan. Semua takrif terdahulu bagi pembelajinakan telah menyertakan hubungan antara manusia dengan tumbuhan dan haiwan, tetapi perbezaan-perbezaan kedua-dua pihak ini bergantung pada pihak yang dianggap sebagai pasangan memimpin dalam hubungan ini. Takrif baharu mengiktiraf hubungan berkesalingan yang dalamnya kedua-dua pasangan menerima faedah. Pembelajinakan telah seluasnya memperbaik hasil biakan bagi tanaman, ternakan, dan haiwan peliharaan jauh menjangkau hasil daripada leluhur liarnya. Yang dibelajinakkan telah memberi manusia sumber-sumber yang dapat dikawal, digerakkan, dan diagihkan semula secara lebih terjangka dan lebih selamat, yang telah menjadi kebaikan yang memacu ledakan populasi bagi petani-pastoralis dan penyebaran populasi ini ke seluruh planet.[12]

Kesalingan biologi tidak terbatas kepada manusia dengan tanaman dan ternakan bela jinak tetapi cukup tercatat pada spesies bukan manusia, terutamanya sesama sebilangan serangga pembela jinak sosial dengan haiwan dan tumbuhan bela jinaknya, contohnya kesalingan semut–kulat yang wujud antara semua pemotong daun dengan kulat tertentu.[1]

Sindrom pembelajinakan

Sindrom pembelajinakan ialah istilah yang kerap digunakan untuk menggambarkan ikutan trait-trait fenotip yang bangkit semasa pembelajinakan yang membezakan tanaman daripada leluhur liarnya.[5][30] Istilah ini juga digunakan mengenai haiwan dan menyertakan peningkatan kepatuhan dan kejinakan, perubahan warna bulu, penurunan saiz gigi, perubahan morfologi tengkorak-muka, perubahan rupa bentuk telinga dan ekor (contohnya, telinga terkelepai), kitaran estrus lebih kerap dan tidak bermusim, perubahan paras hormon adrenokortikotropik, perubahan kepekatan beberapa neurotransmiter, pelanjutan tingkah laku juvenil, dan penurunan kedua-dua saiz seluruh otak dan saiz bahagian tertentu otak.[31]

Perbezaan daripada penjinakan

Pembelajinakan tidak patut dikelirukan dengan penjinakan. Penjinakan ialah pengubahsuaian tingkah laku terlazim bagi haiwan kelahiran liar apabila penghindaran semula jadinya terhadap manusia dikurangkan dan ia menerima kehadiran manusia, tetapi pembelajinakan ialah pengubahsuaian genetik kekal bagi zuriat biakan yang membawa kepada kecenderungan terwaris terhadap manusia.[9][10][11] Pilihan manusia termasuklah kejinakan, tetapi jika tidak ada gerak balas evolusi sesuai, pembelajinakan tidak tercapai.[7] Haiwan bela jinak tidak perlu menjadi jinak dari segi tingkah laku, seperti lembu laga Sepanyol. Haiwan liar juga dapat menjadi jinak, seperti citah belaan langsung dari kecil. Pembiakbakaan haiwan bela jinak dikawal oleh manusia dan kejinakannya dan toleransinya terhadap manusia ditentukan secara genetik. Walau bagaimanapun, haiwan yang semata-mata dibiakbakakan dalam kurungan tidak semestinya dibelajinakkan. Harimau belang, gorila, dan beruang kutub sedia membiak baka dalam kurungan tetapi tidak dibelajinakkan.[10] Gajah Asia merupakan haiwan liar dengan penjinakan yang menjelmakan tanda luaran bagi pembelajinakan, tetapi pembiakbakaannya tidak dikawal oleh manusia dan lalu bukan haiwan bela jinak sebenar.[10][32]

Rujukan

WikiPedia: Pembelajinakan_haiwan http://www.uesc.br/cursos/pos_graduacao/mestrado/a... http://www.kora.ch/malme/05_library/5_1_publicatio... http://www.la-press.com/the-genetic-architecture-o... http://www.palaeobarn.com/sites/domestication.org.... http://www.palaeobarn.com/sites/domestication.org.... http://www.palaeobarn.com/sites/domestication.org.... http://www.palaeobarn.com/sites/domestication.org.... http://expeng.anr.msu.edu/sites/animalwelfare/file... http://www.hum.utah.edu/~bbenham/2510%20Spring%200... http://iliauni.edu.ge/uploads/other/15/15586.pdf