Pembelajinakan_haiwan
Pembelajinakan_haiwan

Pembelajinakan_haiwan

Pembelajinakan atau domestikasi haiwan ialah hubungan bersaling antara haiwan dengan manusia yang mempunyai pengaruh terhadap penjagaan dan pembiakan haiwan berkenaan.[1] Charles Darwin mengiktiraf sebilangan kecil trait yang menjadikan spesies bela jinak berbeza daripada leluhur liarnya. Beliau juga merupakan yang pertama untuk mengiktiraf perbezaan antara pembiakbakaan terpilih sedar, yang dalamnya manusia secara langsung memilih trait-trait yang diingini, dengan pemilihan tanpa sedar yang melibatkan trait-trait yang mengalami evolusi sebagai hasil sampingan bagi pemilihan semula jadi atau daripada pemilihan terhadap trait-trait lain.[2][3][4] AAda perbezaan genetik antara populasi bela jinak dengan populasi liar. Ada juga perbezaan genetik antara trait-trait pembelajinakan yang penting, menurut para penyelidik, penting pada peringkat-peringkat awal bagi pembelajinakan, dengan trait-trait penambahbaikan yang telah muncul sejak perpisahan antara populasi liar dengan populasi bela jinak.[5][6][7] Trait-trait pembelajinakan umumnya tetap pada semua haiwan atau tumbuhan bela jinak, dan dipilih semasa babak awal pembelajinakan bagi haiwan atau tumbuhan berkenaan, sementara trait-trait penambahbaikan hanya hadir pada sebahagian haiwan atau tumbuhan bela jinak, tetapi mungkin tetap pada baka atau populasi rantauan individual.[6][7][8]Pembelajinakan tidak patut dikelirukan dengan penjinakan. Penjinakan ialah pengubahsuaian tingkah laku terlazim bagi haiwan kelahiran liar apabila penghindaran semula jadinya terhadap manusia dikurangkan dan ia menerima kehadiran manusia, tetapi pembelajinakan ialah pengubahsuaian genetik kekal bagi zuriat biakan yang membawa kepada kecenderungan terwaris terhadap manusia.[9][10][11] Spesies haiwan tertentu, dan individu tertentu dalam spesies berkenaan, merupakan calon lebih baik untuk pembelajinakan berbanding dengan yang lain kerana ia menunjukkan ciri-ciri tingkah laku tertentu: (1) saiz dan aturan struktur sosialnya; (2) ketersediaan dan darjah kepemilihan dalam pilihan pasangan; (3) kemudahan dan kecepatan untuk induk mengadakan ikatan dengan anaknya, dan kematangan dan kebolehgerakan anak pada kelahiran; (4) darjah kelenturan pemakanan dan toleransi habitat; dan (5) gerak balas terhadap manusia dan persekitaran baharu, termasuk gerak balas lari dan kereaktifan terhadap rangsangan luaran.[12]:Rajah 1[13][14][15]Ada cadangan bahawa terdapat tiga laluan utama yang diikuti oleh kebanyakan calon haiwan bela jinak ke dalam pembelajinakan: (1) komensal, teradaptasi terhadap nic manusia (contohnya, anjing, kucing, unggas, mungkin babi); (2) haiwan mangsa dicari sebagai makanan (contohnya, biri-biri, kambing, lembu, kerbau, yak, babi, rusa kutub, llama, alpaka, dan ayam belanda); dan (3) haiwan sasaran untuk sumber buruh dan sumber bukan makanan (contohnya, kuda, keldai, unta).[7][12][16][17][18][19][20][21][22] Anjing merupakan yang pertama untuk dibelajinakkan,[23][24] dan meluas di seluruh Eurasia sebelum penghujung zaman Pleistosen Akhir, jauh sebelum penanaman dan sebelum pembelajinakan haiwan lain.[23] Tidak seperti spesies bela jinak lain yang terutamanya dipilih untuk trait-trait berkaitan dengan penghasilan, anjing pada asalnya dipilih untuk tingkah lakunya.[25][26] Data arkeologi dan genetik mencadangkan bahawa aliran gen dwiarah jangka masa panjang antara stok liar dengan stok bela jinak – termasuk keldai, kuda, camelid Dunia Baru dan Dunia Lama, kambing, biri-biri, dan babi – adalah umum.[7][17] Satu kajian telah menyimpulkan bahawa pemilihan oleh manusia untuk trait-trait bela jinak mungkin sekali mengatasi kesan penghomogenan bagi aliran gen daripada babi hutan kepada babi dan mewujudkan pulau pembelajinakan dalam genom itu. Proses sama juga dapat diterapkan terhadap haiwan bela jinak lain.

Rujukan

WikiPedia: Pembelajinakan_haiwan http://www.uesc.br/cursos/pos_graduacao/mestrado/a... http://www.kora.ch/malme/05_library/5_1_publicatio... http://www.la-press.com/the-genetic-architecture-o... http://www.palaeobarn.com/sites/domestication.org.... http://www.palaeobarn.com/sites/domestication.org.... http://www.palaeobarn.com/sites/domestication.org.... http://www.palaeobarn.com/sites/domestication.org.... http://expeng.anr.msu.edu/sites/animalwelfare/file... http://www.hum.utah.edu/~bbenham/2510%20Spring%200... http://iliauni.edu.ge/uploads/other/15/15586.pdf