Pencegahan Penyakit_kencing_manis

Tiada langkah pencegahan diketahui dengan diabetis jenis 1. Diabetis jenis 2 selalunya boleh dicegah dengan mengekalkan berat badan yang normal, terlibat dalam latihan fizikal, dan memakan diet yang sihat. Tahap aktiviti fizikal yang lebih tinggi mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 28%. Perubahan pemakanan diketahui berkesan dalam membantu mencegah diabetis termasuk mengekalkan diet yang kaya dengan bijirin penuh dan serat, dan memilih lemak yang baik, seperti lemak poli tak tepu terdapat dalam kacang, minyak sayur-sayuran, dan ikan. Menghadkan minuman bergula dan makan daging merah dan lain-lain sumber lemak tepu juga boleh membantu mencegah diabetis. Merokok aktif juga dikaitkan dengan peningkatan risiko diabetis, jadi berhenti merokok boleh menjadi langkah pencegahan penting juga.