Penyinaran nyahkuman ultraungu (PNUV) ialah teknik
pembasmian kuman menggunakan cahaya
ultraungu (UV), terutamanya
UV-C (180-280 nm), untuk membunuh atau menyahaktifkan
mikroorganisma. PNUV menyahaktifkan mikrob secara utamanya melalui perosakan bahan genetik mikrob tersebut, dan dengan itu menghalang keupayaan mikrob itu untuk menjalankan fungsi vitalnya.
[1]Penggunaan PNUV meluas ke pelbagai aplikasi, merangkumi pembasmian kuman makanan, permukaan, udara dan air.
Peranti-peranti PNUV berupaya untuk menyahaktifkan mikroorganisma yang termasuk
bakteria,
virus,
kulat,
kulapuk dan
patogen-patogen lain.
[2][3] Kajian terbaru telah membuktikan keupayaan cahaya UV-C untuk menyahaktifkan
SARS-CoV-2, yakni strain
koronavirus yang menyebabkan
COVID-19.
[4][5][6][7][8][9]Jarak gelombang UV-C menunjukkan pelbagai keberkesanan nyahkuman serta kesan-kesan pada tisu biologi.
[9][10][11] Banyak
lampu nyahkuman seperti lampu merkuri bertekanan rendah (LP-Hg), dengan pelepasan puncak lebih kurang pada 254 nm, mengandungi panjang gelombang UV yang boleh
membahayakan manusia.
[12][13] Akibatnya, sistem PNUV telah dihadkan penggunaannya terutamanya apabila orang ramai tidak terdedah secara langsung, yang termasuklah pembasmian kuman pada lantai hospital,
UVGI bilik atas dan
rawatan air.
[14][15][16] Kebelakangan ini pula, penggunaan panjang gelombang antara 200-235 nm, sering dirujuk sebagai UVC-jauh, telah mendapat daya tarikan untuk pembasmian kuman pada permukaan dan udara.
[11][17][18] Panjang gelombang ini dianggap lebih selamat kerana pengurangan signifikan terhadap penembusan ke dalam tisu manusia.
[19][20][21][22]Perlu diingatkan bahawa, cahaya UV-C hampir tiada dalam cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi disebabkan oleh sifat penyerapan
lapisan ozon dalam
atmosfera.
[23]