Koronavirus_sindrom_pernafasan_akut_teruk_2
Koronavirus_sindrom_pernafasan_akut_teruk_2

Koronavirus_sindrom_pernafasan_akut_teruk_2

Koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2; Bahasa Inggeris: Severe acute respiratory syndrome coronavirus 2),[3] dahulunya dikenali sebagai koronavirus baru 2019 (2019-nCoV; Bahasa Inggeris: novel coronavirus 2019) serta pernah dinamai 2019-nCoV buat sementara,[4][5] ialah sejenis virus berjangkit yang menyebabkan jangkitan pernafasan (COVID-19) dan telah menunjukkan bukti penularan manusia kepada manusia, kali pertama dikenal pasti oleh pihak berkuasa di Wuhan, Hubei, China, sebagai penyebab wabak koronavirus 2019–20 yang sedang berlaku.[6] Penjujukan genom telah menunjukkan bahawa virus ini ialah koronavirus RNA bebenang tunggal dan bermakna positif.[7][8][9]Disebabkan laporan bahawa kes terawal mempunyai perkaitan epidemiologi dengan pasar makanan laut dan haiwan yang besar, virus ini diingatkan mempunyai punca zoonosis, walaupun ini belum disahkan.[10] Bandingan urutan genetik antara virus ini dan sampel virus wujud yang lain telah menunjukkan persamaan dengan SARS-CoV (79.5%)[3] dan koronavirus kelawar (96%),[3] dengan kemungkinan punca dalam kelawar dibuat spekulasi.[11]

Rujukan

WikiPedia: Koronavirus_sindrom_pernafasan_akut_teruk_2 http://www.chinacdc.cn/dfdt/201912/t20191226_20940... http://www.xinhuanet.com/english/2020-01/09/c_1386... http://www.dph.illinois.gov/topics-services/diseas... http://www.nj.gov/health/cd/documents/topics/NCOV/... http://www.biorxiv.org/content/10.1101/2020.01.22.... //doi.org/10.1038%2Fd41586-020-00180-8 //doi.org/10.1038%2Fd41586-020-00209-y //www.worldcat.org/issn/0028-0836 https://gisanddata.maps.arcgis.com/apps/opsdashboa... https://www.bbc.com/news/world-asia-china-51371770