Pembangkang Syria:
Kerajaan Syria:
Angkatan Tentera Syria: 304,000 (puncak)
[22] Jabatan Keselamatan Am: 8,000
40,000
[23]–60,000
[24] Pasukan keselamatan Syria4,558
[27]–5,000
[28] askar dan polis terbunuh, 68 militia terbunuh
[29]Fail:Hezbollah Flag.jpg Hizbullah
147 terbunuh
[30] Pemberontak dan pembantah Syria
Pemberontakan Syria atau
Perang Saudara Syria[36] merupakan konflik dalaman yang masih berterusan, yang berlaku di
Syria sejak awal 2011. Bantahan bermula pada 26 Januari 2011, dan meningkat kepada tahap kebangkitan pada 15 Mac 2011. Kebangkitan ini dipengaruhi oleh bantahan serentak di rantau
Timur Tengah yang "belum pernah terjadi sebelumnya."
[37][38] Para pembantah mendesak Presiden
Bashar al-Assad berundur, parti memerintah
Parti Ba'ath membenarkan parti politik lain, hak sama rata untuk
orang Kurdi dan kebebasan politik meluas, seperti
kebebasan akhbar, bersuara dan berhimpun.Seperti juga gerakan revolusi di
Tunisia dan
Mesir, para pembantah melakukan perarakan, mogok lapar,
vandalisme terhadap harta kerajaan dan kedai-kedai. Beberapa kumpulan Islam di Utara Syria telah mengambil kesempatan ini dengan melancarkan serangan terhadap kerajaan.
[39]Kerajaan Syria menggunakan
kereta kebal dan penembak tepat dari atas bangunan untuk memaksa penunjuk perasaan berundur. Beberapa bandar telah dikepung,
[40][41] dan askar diarah menembak pembantah dan orang awam.
[42] Pembantah dan pembelot tentera mula membentuk unit perang, dan bersatu di bawah panji
Tentera Pembebasan Syria, bertempur dalam gaya yang semakin tersusun. Kerajaan Syria menyifatkan pemberontak ini sebagai "kumpulan pengganas bersenjata".
[43]Mengikut pelbagai sumber, termasuk
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sehingga 17,925–25,170 orang telah terbunuh, separuh daripadanya merupakan orang awam, namun termasuk 9,305–9,750 penempur bersenjata kedua pihak
[27][44][45] dan sehingga 1,700 pembantah pembangkang.
[31][32] Bagi melarikan dari daripada keganasan, ribuan pelarian telah melarikan diri melewati sempadan ke
Iraq,
[46] Jordan,
[47] Lubnan dan
Turki.
[48][49] Selain itu, puluhan ribuan pembantah ditahan, dan terdapat laporan seksaan dalam penjara.
[50][51] Pertubuhan antarabangsa juga telah menuduh kerajaan dan
Shabiha menggunakan orang awam sebagai
perisai manusia,
[52][53]Ramai pihak yang telah memberi reaksi terhadap kebangkitan ini.
Liga Arab,
[54] Kesatuan Eropah,
[55] Setiausaha Agung PBB,
[56] Pertubuhan Kerjasama Islam,
[57] Majlis Kerjasama Teluk,
[58] Arab Saudi,
[59] Turki
[60] dan Amerika Syarikat
[61] antara lain mengutuk penggunaan kekerasan terhadap pembantah. Bagaimanapun, campur tangan ketenteraan secara umumnya bukan pilihan bagi kuasa-kuasa asing ini.
[62][63] Pada November 2011,
Liga Arab menggantung keanggotaan Syria dalam pertubuhan itu,
[64] lalu menghantar misi pemerhati pada Disember, sebagai sebahagian daripada cadangan penyelesaian aman krisis ini. PBB juga dengan kerjasama Liga Arab melantik
Kofi Annan sebagai utusan khas dalam usaha menyelesaikan konflik ini.Pada 15 Julai 2012,
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menilai konflik Syria ini sebagai "konflik bersenjata bukan-antarabangsa" (istilah perundangan ICRC bagi
perang saudara), dengan itu menjadikan
undang-undang kemanusiaan antarabangsa terpakai di Syria selaras dengan
Konvensyen Geneva.
[65][66]