Perhimpunan_Berparlimen_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu
Perhimpunan_Berparlimen_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

Perhimpunan_Berparlimen_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

Perhimpunan Berparlimen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Inggeris: United Nations Parliamentary Assembly atau United Nations People's Assembly, UNPA; Perancis: Assemblée parlementaire des Nations Unies, Cina: 联合国议会大会, Pinyin: Liánhéguó Yìhuì Dàhuì, Rusia: Парламентская Ассамблея Организации Объединенных Наций, Sepanyol: Asamblea Parlamentaria de las Naciones Unidas, Arab: الجمعية البرلمانية للأمم المتحدة, Transliterasi: Al-Ǧamʿīyah al-Barlamānīyah lil-ʾUmam al-Muttaḥidah), adalah cadangan penambahan kepada sistem PBB yang membenarkan penglibatan penggubal-penggubal dan pengelola-pengelola undang-undang negara-negara ahli dan bermatlamat membentuk pilihan raya terus ke parlimen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seluruh dunia oleh rakyat dunia. Cadangan ini pernah diutarakan pada pengasasan Liga Bangsa-bangsa pada tahun 1920-an dan sekali lagi pada penghujung Perang Dunia Kedua pada tahun 1945 tetapi tidak dibangkitkan lagi semasa Perang Dingin. Pada tahun 1990-an dan 2000-an dengan kebangkitan perdagangan antara negara rakyat dunia terpanggil untuk mengutarakan cadangan ini semula untuk memantau aktiviti-aktiviti pedagang.[1] Kempen Antarabangsa untuk Pembentukan Perhimpunan Berparlimen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, CEUNPA diwujudkan pada tahun 2007 untuk mengkoordinasikan tindakan-tindakan pro-UNPA yang mana setakat bulan Februari 2009 telah mendapat sokongan seramai 600 Ahli Parlimen daripada lebih 90 negara-negara di serata dunia.[2]Penyokong-penyokong idea ini telah mengutarakan pelbagai cara implementasi, termasuk penguatkuasaan perjanjian baru, pembentukan UNPA sebagai bawahan Perhimpunan Agung PBB; evolusi UNPA daripada Kesatuan Antara Parlimen atau dari pertubuhan bukan kerajaan yang lain. Beberapa cadangan untuk perletakkan undian telah dicadangan untuk menyelesaikan ketidakseimbangan dalam populasi dan kuasa ekonomi negara-negara. Pembangkang menyatakan sebab-sebab biayaan, pengundi yang tidak mengundi, dan negara-negara PBB yang tidak mengamalkan demokrasi sebagai sebab untuk tidak terus dengan projek ini.

Perhimpunan_Berparlimen_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

Status perundangan Cadangan
Kependekan UNPA
Jenis Cadangan Organ PBB

Rujukan

WikiPedia: Perhimpunan_Berparlimen_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu http://www.unhchr.ch/pdf/UNcharter.pdf http://www.aviewoncities.com/nyc/unitednations.htm http://www.canada.com/vancouversun/news/editorial/... http://www.cnn.com/ALLPOLITICS/stories/1999/01/19/... http://www.constitutionparty.com/party_platform.ph... http://www.csmonitor.com/2007/1121/p01s02-usgn.htm... http://goliath.ecnext.com/coms2/summary_0199-25668... http://www.foxnews.com/story/0,2933,265455,00.html http://books.google.com/books?id=5ymc-HHltNMC&pg=P... http://www.lewrockwell.com/paul/paul82.html