Kesan Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020-21

Dataran di hadapan pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur pada 20 Mac 2020 semasa perintah kawalan pergerakan

Keperluan asas

Sebelum Malaysia mengumumkan "kawalan pergerakan", kebanyakan pasar raya di seluruh negara mula menerima pembelian barangan keperluan secara mendadak terutama sekali bekalan topeng kesihatan yang terhad menyebabkan harga topeng meningkat secara mendadak. Sebagai tindak balas, Perdana Menteri Malaysia berkata dalam ucapan televisyen pada 16 Mac bahawa beliau yakin bekalan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan (termasuk topeng kesihatan) mencukupi di seluruh negara, sambil menambah bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memantau bekalan makanan dan permintaan harian pasaran semasa tempoh penutupannya.[7]

Pengangkutan

Sejumlah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan warga asing bergegas kembali ke pusat pemeriksaan imigresen dengan harapan untuk kembali ke Singapura sebelum perintah itu dikuatkuasakan. Pihak pengangkutan awam yang berpusat di Singapura telah mengatur penginapan sementara di beberapa hotel untuk menampung Kapten Bas Malaysia yang terjejas.[49][50] Perkhidmatan bas berjadual antara Singapura dan Johor Bahru turut tergantung.[51] Terdapat laporan bahawa kawalan pergerakan juga menyebabkan beberapa kebimbangan di kalangan penduduk Singapura mengenai bekalan makanan mereka yang sebahagian besarnya datang dari Malaysia dimana ia dijamin oleh menteri dan Perdana Menteri Singapura bahawa terdapat bekalan yang cukup untuk negara tersebut.[52][53][54] Dalam beberapa masa selepas perintah itu diumumkan di Malaysia, pembelian panik kembali berlaku di Singapura apabila kebanyakan warga Singapura melakukan pembelian di pasar raya di negara mereka untuk stok barangan keperluan asas.[55] Dengan pengumuman kawalan pergerakan, pelbagai pihak misi diplomatik seperti Amerika Syarikat dan Perancis telah berhenti mengeluarkan visa, manakala India telah melarang rakyat Malaysia untuk melancong ke negaranya.[56] Rakyat Thailand yang berada di Malaysia turut mula keluar dari Malaysia dalam jumlah yang besar sementara warga Indonesia di Malaysia juga bersedia untuk keadaan seperti yang dilaporkan oleh pihak kedutaan mereka.[57][58][59] Pihak misi diplomatik yang lain turut memantau keadaan pergerakan yang ketat dan menunggu arahan selanjutnya daripada pihak kerajaan mereka dan kerajaan Malaysia.[60]

Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan persekitarannya (Queensbay Mall) di Pulau Pinang yang biasanya sesak berubah lengang sepanjang perintah kawalan pergerakan pada 22 Mac 2020.

Memandangkan jumlah bilangan penumpang berkurangan dengan ketara semasa perintah kawalan gerakan, dan untuk mengurangkan risiko jangkitan penumpang dan pekerja, Rapid Bus akan menyesuaikan kekerapan semua basnya bermula 20 Mac. Mereka juga menggalakkan orang ramai untuk merancang perjalanan mereka terlebih dahulu. Kaunter perkhidmatan pelanggan di Stesen Pasar Seni juga ditutup buat sementara waktu bermula dari 20 Mac.[61] Rapid Ferry juga telah membuat penyesuaian dengan mengurangkan kepada dua feri setiap hari untuk beroperasi bermula dari 20 Mac. Setiap peralihan akan diubah dari waktu asal 20 minit kepada 30 minit. Selepas jam 10 malam, kekerapan perkhidmatan feri akan berubah menjadi 1 jam. Bagi masa perjalanan feri yang terakhir, ia akan bergantung kepada masa ketibaan bas terakhir di Penang Sentral. [62]

Bermula 4 April 2020, disebabkan perintah itu, yang mengakibatkan pengurangan yang signifikan dalam aliran penumpang, kesemua perkhidmatan rel KLIA Ekspres akan digantung sehingga akhir tempoh kawalan. [63]

Tangkapan

Pada 2 April 2020, Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melaporkan bahawa 4,189 individu telah ditangkap sejak dua minggu lalu kerana melanggar perintah kawalan gerakan. Daripada jumlah ini, 1,449 individu telah dituduh di mahkamah. Pesalah ketika PKP dikenakan denda sehingga RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.[64] PKP telah menyebabkan penurunan kadar jenayah kebangsaan sebanyak 70%.[65] Data daripada Kementerian Wanita dan Keluarga mencadangkan kenaikan sedikit keganasan rumah tangga di seluruh negara semasa PKP, bagaimanapun ianya terkawal.[66]

Rujukan

WikiPedia: Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020-21 http://english.astroawani.com/malaysia-news/maf-de... http://english.astroawani.com/malaysia-news/mco-40... http://english.astroawani.com/malaysia-news/moveme... http://english.astroawani.com/malaysia-news/selang... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perintah... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-pern... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sesiapa-... http://www.astroawani.com/video-malaysia/sekatan-j...