Perlembagaan_Meiji

Perlembagaan Empayar Jepun (Bahasa Jepun: Tulisan Kyūjitai: 大日本帝國憲法 Tulisan Shinjitai: 大日本帝国憲法 Rumi: Dai-Nippon Teikoku Kenpō), lebih dikenali sebagai Perlembagaan Imperial atau Meiji, merupakan undang-undang tertinggi Empayar Jepun dari 29 November 1890 sehingga 2 May 1947. Diperbuat selepas Pemulihan Meiji, ia memperkenalkan sejenis sistem raja berperlembagaan berdasarkan model Prussia, di mana Maharaja Jepun adalah suatu pemerintah aktif dan punyai kuasa politik yang meluas, tetapi berkongsikannya dengan dewan diet. Selepas pemulihan Meiji yang memulihkan kuasa politik secara terus kepada maharaja pada kali pertama dalam lebih seribu tahun, Jepun mengalami suatu tempoh reformasi politik dan sosial yang menyeluruh, dengan dasar pembaratan yang bertujuan memajukan Jepun ke status yang sama dengan negara-negara di Barat. Kesan daripada Perlembagaan ini adalah pembukaan kerajaan berparlimen yang pertama di Asia.[1]Perlembagaan Meiji memperlihatkan pengehadan pada kuasa-kuasa cabang eksekutif dan kemutlakan maharaja. Ia juga mewujudkan kehakiman bebas. Akan tetapi ia amat kabur dalam perkataan-perkataan yang digunakan, dan pada banyak tempat bertentangan dengan dirinya sendiri. Pemimpin-pemimpin kerajaan dan parti politik dibiarkan menafsir sama ada Perlembagaan Meiji boleh digunakan untuk menjustifikasikan pemerintahan kuku besi atau liberal-demokratik. Inilah perbezaan pendapat ketara yang wujud pada ketika era zaman empayar Jepun.Perlembagaan Meiji digunakan sebagai model untuk Perlembagaan Habsyah 1931 oleh golongan intelek Tekle Hawariat Tekle Mariyam di Habsyah. Inilah antara sebab golongan cendakiawan Habsyah yang mempunyai hubungan dengan Tekle Hawariat dikenali sebagai "Pengjepun".[2]Selepas kekalahan Jepun dan pendudukannya pada pengakhiran Perang Dunia Kedua, Perlembagaan Meiji digantikan dengan perlembagaan baru yang berpandukan demokrasi liberal Barat.