Sejarah Pertubuhan_Pembebasan_Palestin

Penubuhan

Idea pemubuhan satu pertubuhan mewakili penduduk Palestin dicetuskan dalam persidangan Liga Arab Kaherah pada 1964. PLO ditubuhkan pada 2 Jun 1964. Dalam pemasyhuran pertubuhan menyatakan hasrat memperjuangkan "hak penduduk berbangsa Arab Palestin kembali ke tanah air suci mereka dan mengesahkan keperluan berjuang untuk membebaskan tanah air yang dirampas, keazaman menonjolkan semangat revolusi mereka serta pemobilisasian segala kebolehan, kuasa material, ketenteraan dan rohani."[4]

Piagam awal PLO juga menyatakan "Dakwaan bahawa wujudnya hubungan sejarah dan rohani antara penduduk Yahudi dan Palestin adalah bercanggah dengan fakta sejarah ataupun asas benar sebuah negara yang kukuh... Orang Yahudi bukanlah masyarakat yang mempunyai keperibadian yang merdeka (maknanya bukan satu bangsa yang benar) kerana mereka hanya warganegara kepada negara mereka."[5]

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif PLO

Pimpinan Yasser Arafat

Kekalahan Syria, Jordan dan Mesir dalam Perang Enam Hari telah menjejaskan kredibiliti negara-negara "penaung" penduduk Palestin dan juga melemahkan pengaruh Gamal Abdel Nasser. Yasser Arafat, seorang pejuang gerila, telah mengambil kesempatan menyekat pengaruh luar terhadap PLO. Dalam persidangan 1969, parti Fatahnya berjaya menguasai badan-badan eksekutif PLO. Arafat dilantik sebagai pengerusi pada 3 Februari 1969.

Program Sepuluh Isi

PLO melancarkan "Program Sepuluh Isi" pada 1974 yang menyeru penubuhan satu badan berkuasa "yang memerintah kawasan Palestin yang dibebaskan" dan berniat "meneruskan pembebasan segala wilayah Palestin". Program itu mengakui pembebasan Palestin mungkin tidak melibatkan seluruh tanah Palestin, dan walaupun menekankan perjuangan bersenjata, program ini tidak mengecualikan cara-cara lain pembebasan.

Perang Saudara Lubnan

PLO terlibat secara langsung dalam Perang Suadara Lubnan dalam 1970-an hingga 1990. PLO berperang dengan militia Maronite, kemudian Israel dan kemudian Gerakan Amal (militia Syiah yang sendiri menentang Hezbollah). Pada 1985-88, para pengganas dari kumpulan Kristian Maronite yang bernaung dibawah South Lebanon Army (SLA) telah menyerang kem penduduk pelarian Palestin, Shabra & Shatilla di Lubnan untuk menangkap penyokong-penyokong Arafat. South Lebanon Army adalah sekutu rapat dan proksi Israel dalam perang Saudara Lubnan. Lebih dari 3000 penduduk awam yang tidak berdosa telah mati akibat serangan-serangan tersebut. Khemah pelarian mereka dikepung, penduduk ditembak dari jarak dekat, ada yang dirogol dan disembelih hidup-hidup. Perbuatan biadap dan kehaiwanan ini tidak mendapat bantahan dari PBB, Kesatuan Eropah & Amerika Syarikat. Pada 1982, PLO terpaksa berpindah ke Tunisia selepas pencerobohan tentera Israel terhadap Lubnan.

Intifada Pertama

Intifada Pertama tercetus pada 1987, dan mengejutkan PLO yang masih berada di Tunisia. PLO tidak terlibat secara langsung dalam intifada ini, kerana berada di luar negeri. ,[6] Pada 1988, Raja Hussein dari Jordan mengisytiharkan pemisahan Tebing Barat dari Jordan, PLO telah mengisytiharkan kemerdekaan "Negara Palestin" (State of Palestine) di Algiers. State of Palestine masih dinafikan kewujudannya sehingga hari ini. Sebulan kemudian, Arafat mengiktiraf kemerdekaan Israel secara tidak langsung dalam menyokong Resolusi Majlis Keselamatan PBB 242, yang diluluskan untuk menghentikan konflik antara Israel, Mesir, Jordan dan Syria. Hasratnya sekarang adalah untuk menubuhkan negara Palestin di Tebing Barat dan Gaza. Pada masa inilah, Amerika Syarikat memulakan hubungan diplomatik dengan PLO.

Perjanjian Oslo

Pada 1993, PLO telah mengadakan rundingan secara rahsia dengan pihak Israel. Perjanjian Oslo ditandatangani pada 20 Ogos 1983 antara Arafat dan Yitzhak Rabin. Israel menyerahkan kuasa pentadbiran Jalur Gaza dan Jericho kepada penduduk Palestin melalui Pihak Berkuasa Palestin (PA). Arafat dipilih menjadi Presiden PA pada Januari 1996 dalam pilihan raya. Ibu pejabat PLO telah berpindah ke Ramallah di Tebing Barat.

Berikutan itu, PLO telah menegaskan pendiriannya bahawa Israel mempunyai hak untuk merdeka. Pengiktirafan itu tidak menghentikan tindakan biadap Israel dari menyerang penduduk awam Palestin. PLO telah meneruskan serangan balas terhadap Israel sebagai langkap serangan balas walaupun Perjanjian Oslo telah ditandatangani. Namun, Israel memungkiri janji dengan memberikan alasan kebimbangan akan kemampuan PLO mendirikan sebuah negara sebelum menyusun semula organisasi diri dan juga menolak keganasan.