Piala_Dunia_ISTAF_2017

Piala Dunia ISTAF 2017 merupakan edisi kedua dari Piala Dunia ISTAF, yang diselenggarakan oleh Persekutuan Sepaktakraw Internasional (ISTAF).[1][2] Pertandingan awalnya dijadwalkan diadakan pada tahun 2015 di Goa, India. Namun, kerana berdekatan tarikh dengan Kejohanan Dunia Sepaktakraw Piala Raja 2015 dan SEA Games 2015, kejohanan tersebut kemudian ditundakan dan lokasinya dipindahkan ke Hyderabad dengan sokongan Lembaga Sukan India.[1].[3][4]Acara tersebut berlangsung di Stadium Tertutup G. M. C. Balayogi di Hyderabad, pada tanggal 2–5 November 2017. Dua puluh enam pasukan kebangsaan dari 17 negara ahli ISTAF mengambil, dengan hanya tiga negara di luar Asia, iaitu ,Brazil,Perancis dan Jerman. Pasukan kebangsaan Indonesia menarik diri pada hari pertama acara.Thailand berjaya meraih tempat pertama dalam kategori lelaki dan wanita, sementara Malaysia dan Vietnam menduduki kedudukan kedua dalam acara lelaki dan wanita secara berturut-turut. Sementara itu, tempat ketiga dalam masing-masing kategori diisi oleh dua pasukan, iaitu India bersama Singapura pada acara lelaki, dan Iran bersama Malaysia pada acara wanita.