Piala_Tiger_2004

Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2004 atau dikenali Piala Tiger 2004 adalah edisi kelima Kejohanan Bola Sepak ASEAN, dihoskan secara bersama oleh Vietnam dan Malaysia dari 7 Disember hingga 16 Januari 2005 dan disertai oleh pasukan-pasukan bola sepak negara di Asia Tenggara.Kejohanan ini bermula dengan perlawanan kumpulan, di mana kedua-dua pasukan teratas dari setiap kumpulan mara ke separuh akhir dan Perlawanan akhir, yang telah dimainkan mengikut format tempat sendiri dan tempat lawan.