Binatang atau
haiwan ialah organisma
eukariot multisel di dalam
alam biologi Animalia. Dengan beberapa pengecualian, binatang mengambil bahan organik,
menghirup oksigen,
berupaya untuk bergerak,
boleh membiak secara seksual dan melalui peringkat ontogenetik di mana badan mereka terdiri daripada sel sfera yang berongga, blastula semasa
perkembangan embrio. Lebih daripada 1.5 juta
spesies binatang
hidup telah diterangkan—yang mana sekitar 1 juta adalah
serangga—tetapi dianggarkan terdapat lebih daripada 7 juta spesies haiwan secara keseluruhannya. Binatang mempunyai julat panjang dari 8.5 mikrometer (0.00033 in) hingga 33.6 meter (110 ka). Mereka juga mempunyai saling tindak yang kompleks di antara satu sama lain dan persekitaran mereka, serta membentuk
siratan makanan. Kajian saintifik mengenai binatang dikenali sebagai
zoologi.Kebanyakan spesies binatang hidup berada dalam
Bilateria, suatu
klad di mana makhluk tersebut mempunyai pelan tubuh badan
bersimetri secara dwisisi. Bilateria termasuklah
protostomia dan
deuterostomia. Di dalam protostomia terdapat haiwan-haiwan seperti
nematod (cacing gelang),
artropod,
platyhelminthes (cacing pipih),
anelid dan
moluska, manakala deuterostomia pula mencakupi
ekinoderma dan
kordata (termasuklah
vertebrat). Bentuk hidupan yang ditafsirkan sebagai binatang purba terdapat dalam biota
Ediakara yang wujud pada
zaman Prakambria akhir.
Filum binatang moden terbentuk jelas dalam
rekod fosil sebagai spesies laut semasa
letupan Kambria, yang mula berlaku sekitar 539 juta tahun lalu. 6,331 kumpulan
gen yang terdapat pada semua haiwan hidup telah dikenal pasti; ini mungkin timbul daripada nenek moyang tunggal yang hidup 650 juta tahun dahulu.
Kera bekantan,
monyet belanda atau
bayau (
Nama saintifik: Nasalis larvatus) merupakan sejenis
monyet yang mendiami pokok dan endemik di pulau
Borneo. Monyet spesies ini hidup di samping
orang utan. Ia merupakan satu-satunya ahli genus Nasalis, biarpun
langur Pulau Pagai juga pernah dikatakan serumpun dalam genus tersebut. Spesies monyet ini mudah dicam kerana hidungnya yang begitu besar. Bekantan tergolong dalam subfamili Colobinae di bawah rumpun
monyet Dunia Lama. Terdapat dua subspesiesnya, iaitu N. l. larvatus (Wurmb, 1787) yang menduduki seluruh taburan spesiesnya dan N. l. orientalis (Chasen, 1940) yang terhad di
Kalimantan barat laut. Walau bagaimanapun, perbezaan antara dua subspesies ini halus sekali.
Kuda (Equus ferus caballus) di gunung Bianditz,
Navarra, Sepanyol dengan pemandangan latar pergunungan Aiako terlihat di belakang.(Gambar asal:
Mikel Ortega di
Flickr; Diubah suai:
Richard Bartz)