Prince_Philip

Putera Philip, Duke Edinburgh (diputerakan sebagai Putera Philip dari Yunani dan Denmark; 10 Jun 1921 – 9 April 2021) ialah seorang anggota kerabat diraja British sebagai suami kepada Ratu Elizabeth II, dari United Kingdom.Putera Philip diputerakan dalam sebuah keluarga diraja Yunani dan Denmark. Baginda diputerakan di Yunani, tetapi keluarga baginda diasingkan dari negara itu ketika baginda berusia lapan belas bulan. Setelah baginda mendapat pendidikan di Perancis, Jerman dan United Kingdom, baginda bergabung dengan Tentera Laut Diraja British pada tahun 1939 ketika baginda berusia 18 tahun. Dari bulan Julai 1939, baginda mula berkenalan dengan Puteri Elizabeth yang berusia tiga belas tahun. Baginda pertama kali bertemu dengan Elizabeth pada tahun 1934. Semasa Perang Dunia Kedua, baginda bertugas di Armada Mediterranean dan Pasifik. Selepas perang, Putera Philip diperkenankan oleh George VI untuk mengahwini Elizabeth. Sebelum pengumuman rasmi mengenai pertunangan mereka pada 10 Julai 1947, baginda meninggalkan gelaran Yunani dan Denmark, dinaturalisasikan menjadi rakyat British dan mengambil nama keluarga datuk nenek baginda, Mountbatten. Baginda berkahwin dengan Elizabeth pada 20 November 1947. Sebelum perkahwinan, baginda dikurniakan gelaran His Royal Highness, Duke of Edinburgh, Earl of Merioneth, dan Baron Greenwich oleh George VI. Putera Philip meninggalkan kerjaya ketenteraan ketika Elizabeth diangkat menjadi ratu pada tahun 1952. Baginda pada ketika itu berpangkat komander dan secara rasmi menjadi putera British pada tahun 1957.Philip dan Elizabeth mempunyai empat orang cahaya mata: Charles, Putera Wales, Anne, Puteri Diraja, Putera Andrew, Duke York dan Putera Edward, Earl Wessex. Melalui British Order in Council yang dikeluarkan pada tahun 1960, keturunan pasangan yang tidak mempunyai gelaran diraja dapat menggunakan nama keluarga Mountbatten-Windsor, yang juga telah digunakan oleh beberapa anggota keluarga diraja yang memegang gelaran, seperti Anne, Andrew dan Edward.Putera Philip ialah pasangan diraja British dan anggota kerabat diraja British yang paling lama berkhidmat dan hidup. Baginda bersara dari tugas rasmi diraja pada 2 Ogos 2017, pada usia 96 tahun. Sejak tahun 1952 sehingga persaraan, baginda telah membuat 22,219 kali penampilan dan 5,493 ucapan.[2] Philip mangkat pada 9 April 2021, dua bulan sebelum ulang tahun keputeraan baginda yang ke-100.

Prince_Philip

Ayahanda Putera Andrew dari Yunani dan Denmark
Pemakaman 17 April 2021
Bilik Kebal Diraja, Gereja Kecil St George, Istana Windsor
Pangkat
  • Laksamana Armada
  • Marshal Lapangan
  • Marshal Tentera Udara Diraja
  • Kapten Jeneral Diraja Marin
  • Komander (khidmat aktif)
Pasangan Elizabeth II (k. 1947)
Bonda Puteri Alice dari Battenberg
Anugerah
Tahun perkhidmatan 1939–1952
(khidmat aktif)
Kerabat
Kesetiaan  United Kingdom
Pertempuran
AnakandaButiran
Tempoh 6 Februari 1952 – 9 April 2021
Kemangkatan 9 April 2021(2021-04-09) (umur 99)
Istana Windsor, United Kingdom
Arahan HMS Magpie
Keputeraan Putera Philip dari Greece dan Denmark
(1921-06-10)10 Jun 1921
Mon Repos, Corfu, Kerajaan Yunani
Perkhidmatan