RTM_HD_Sports
RTM_HD_Sports

RTM_HD_Sports

RTM HD Sports ialah saluran televisyen berdefinisi tinggi dimiliki sepenuhnya oleh Radio Televisyen Malaysia. Siaran definisi tinggi sebelumnya telah dijalankan melalui siaran percubaan pada tahun 2008 semasa Sukan Olimpik Beijing berlangsung dan ditamatkan serta merta siaran HD selepas sukan olimpik tamat. 10 tahun kemudian, pada 13 Jun 2018 RTM HD mula bersiaran dalam fasa ujian dan disiarkan secara eksklusif di MYTV Broadcasting di saluran 111. Pada 13 Julai 2018, tepat sebulan selepas RTM HD disiarkan, ia ditukar terus kepada RTM HD Sports. Ini adalah siaran sukan pertama dilancarkan oleh RTM setelah selama ini bergantung kepada TV1, TV2 dan TV Okey menyiarkan siaran sukan tetapi ia masih dalam siaran percubaan.[1]