Kerjaya Raja_Tun_Uda_Al-Haj_bin_Raja_Muhammad

Dilahirkan di Kuala Langat, Selangor, Raja Tun Uda belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar . Walaupun azamnya untuk berjaya, beliau tidak dapat mencapai kejayaannya dengan pantas kerana Tanah Melayu ketika itu masih diperintah oleh pihak British, dengan semua jawatan kanan dalam kerajaan dan perkhidmatan awam diperuntukkan kepada para ekspatriat British. Walaupun demikian, beliau akhirnya mencipta sejarah apabila beliau menjadi orang Melayu yang pertama untuk memegang jawatan Setiausaha kepada Residen British Selangor dan kemudiannya Setiausaha Negeri Selangor yang pertama.

Setelah tamat pendidikannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Raja Uda berkhidmat di pejabat gabenor di Singapura. Pada tahun 1919, Raja Uda telah dipindahkan ke Kajang sebagai penolong pegawai daerah. Kemudian dia dipindahkan ke beberapa daerah lain dalam perkhidmatan yang sama, antaranya di Kuantan, Kuala Selangor, Kuala Pilah dan Jugra.


Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu di United Kingdom.Beliau telah terlibat dalam rundingan dengan British untuk menubuhkan Sistem Ahli pada tahun 1950-an.