Republik_Weimar
Republik_Weimar

Republik_Weimar

Nama Republik Weimar ( Weimarer Republik (bantuan·maklumat), IPA: [ˈvaɪmarɐ repuˈbliːk] <VAI-ma-ra ré-pu-BLIK>) dipakai oleh para sejarawan untuk menandakan zaman republik demokratik di Jerman Jerman dari tahun 1919 hingga 1933.Berikutan Perang Dunia Pertama, republik ini timbul dari Revolusi Jerman pada bulan November 1918. Pada tahun 1919, sebuah perhimpunan kebangsaan bersidang di bandar raya Weimar, di mana dibubalnya perlembagaan baru untuk Reich Jerman untuk diterima guna pada 11 Ogos. Cubaan mendirikan semula Jerman sebagai negara demokrasi liberal ini gagal setelah bangkitnya Adolf Hitler dan Parti Nazi pada tahun 1933. Walaupun sebetulnya perlembagaan Weimar 1919 tidak dibatalkan sehingga selepas Perang Dunia Kedua, tindakan undang-undang yang diambil kerajaan Nazi pada bulan Februari dan Mac 1933, yang bergelar Gleichschaltung, menghancurkan mekanisme-mekanisme demokrasi sejati. Oleh itu, tahun 1933 selalu dianggap sebagai detik berakhirnya Republik Weimar, sekaligus bermulanya "Reich Ketiga" pimpinan Hitler.Nama Republik Weimar tidak pernah sekali dipakai secara rasmi sewaktu kewujudannya. Walaupun berbentuk republik, republik baru ketika itu masih dikenali sebagai Deutsches Reich dalam bahasa Jerman, atau "Empayar Jerman" dalam bahasa Melayu. Oleh sebab istilah Jerman reich lebih banyak maksudnya berbanding perkataan empayar, maka namanya sering diterjemah menjadi Reich Jerman. Nama pendeknya tetap Jerman.

Republik_Weimar

• Kebakaran Reichstag 27 Februari 1933
Ibu kota Berlin
Pemerintahan Republik
• Majlis negara Reichsrat
• 1918-1925 Friedrich Ebert
Canselor  
Perundangan Reichstag
Bahasa lazim Jerman
• Hitler menjadi canselor 30 Januari 1933
• 1919 Philipp Scheidemann (pertama)
Era sejarah Zaman antara perang
Presiden  
Mata wang Papiermark (1919-1923)
Reichsmark (1924-1933)
• 1933 Adolf Hitler (terakhir)
1925 [1] 468,787 km2 (181,000 bt2)
• 1925 [2] 62411000
• 1925-Ogos 1934 Paul von Hindenburg
• Akta Pengkuasaan Akta Pengkuasaan
• Diasaskan 11 Ogos 1919