STAR_World
STAR_World

STAR_World

Star World ialah stesen televisyen bahasa Inggeris yang bertemakan hiburan dan drama. Stesen televisyen ini adalah sebahagian daripada jaringan Star TV, yang berpusat di Hong Kong. Star World adalah pengganti Star Plus, yang pada masa ini merupakan saluran hiburan dalam bahasa Hindi. Kebanyakan daripada rancangan di saluran ini diambil dari Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk memberikan kelebihan kepada penonton yang bermastautin di Asia Selatan dan di Asia Tenggara. Kawasan-kawasan yang dapat menerima Star World termasuk Bangladesh, Filipina, Hong Kong, India, Indonesia, Israel, Malaysia, Pakistan, Papua New Guinea, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Timur Tengah, Thailand dan Vietnam.