Kerjaya Saharul_Ridzwan

Ketika masih dikenali sebagai Syarul Ridzuan, Saharul membuat penampilan pertama dalam pertandingan Hero Remaja 2011/2012. Beliau memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan tersebut di belakang pelakon Fattah Amin (juara) dan Syafiq Kyle (naib juara).[4] Kemudian beliau menceburi bidang lakonan dengan memegang watak pembantu dalam beberapa buah telefilem dan drama. Lakonan beliau sebagai Faizal dalam drama Love You Mr Arrogant (2013) berjaya mendapat perhatian orang ramai. Susulan daripada kejayaan Syarul memegang watak psiko dalam drama tersebut, beliau diberi peluang memegang watak utama dalam drama Romi Cinta Julia (2014).

Saharul turut dicalonkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014. Beliau juga memenangi Artis Aksi Selfie Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015.

Populariti Saharul semakin meningkat apabila beliau memegang watak Tengku Zaril dalam drama Hati Perempuan yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Hati Perempuan merupakan sebuah drama adaptasi daripada novel dengan judul sama karya Nur Ain Al-Abbas. Gandingan mantap antara Syarul dengan pelakon wanita baharu, Mia Ahmad berjaya menarik perhatian ramai pihak. Keserasian dan keberkesanan watak yang dilakonkan antara dua pelakon ini membuatkan drama Hati Perempuan "trending" di Twitter hampir setiap hari.[5][6]

Beliau juga digandingkan bersama pelakon remaja bersinar, Janna Nick dalam drama Kau Aku Kita.[7] Syarul muncul dengan drama adaptasi novel iaitu Seindah Takdir Cinta gandingan pelakon Amyra Rosli yang ditayangkan pada Ramadhan 2016 dan telemovie Kau Aku Kita Raya bersama Janna Nick, Hafidz Roshdi dan Issey Fazlisham pada Aidilfitri 2016. Beliau kali pertama muncul dalam filem arahan Michael Ang iaitu #AssalamualaikumCinta bergandingan Kamal Adli dan Hantu Rumah Sakit Jiwa yang mana beliau menjayakan watak sebagai hantu bersama dengan Abam Bocey dan Fizz Fairuz.[8]

Beliau muncul dengan single terbaru yang dikarang sendiri oleh penyanyi dan komposer terkenal, Ajai bertajuk "Buku Putih".[9][10] Beliau dilaporkan mahu mengikut jejak langkah Zizan Razak yang menyumbangkan rap dalam lagu.[11][12] Lagu tersebut memasuki pencalonan dalam Muzik Muzik 32 pada 2018. Pada tahun 2019 beliau muncul dalam drama 30 Pesanan Suara dan memegang watak sebagai Iman yang merupakan kawan baik kepada Izman.

Rujukan

WikiPedia: Saharul_Ridzwan http://www.imdb.com/name/nm9039809/ http://selebritionline.com/menjadi-tonton-vip-bers... http://www.astrogempak.com.my/artikel/4154/saharul... http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nashasel... http://www.hmetro.com.my/node/123935 http://www.hmetro.com.my/node/41212 http://www.kosmo.com.my/hiburan/saharul-ridzwan-ca... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pelakon-kayu...