Demografi Sandakan

Bangsa dan agama

Masjid Daerah Sandakan, masjid utama bagi bandar dan daerah.Tokong Puu Jih Shih, dibina pada tahun 1987, tokong Cina utama di Sandakan.Kariah St. Michael dan Semua Malaikat, gereja granit tertua di Sandakan.Katedral St. Mary

Menurut Banci Malaysia pada tahun 2010, seluruh kawasan perbandaran bandar raya mempunyai populasi 396,290 orang penduduk.[25] Penduduk bukan Malaysia membentuk sebahagian besar populasi bandar raya tersebut dengan 144,840 orang diikuti Bumiputera lain (100,245), Cina (63,201), Bajau/Suluk (38,897), Melayu (Melayu Brunei serta orang Kedayan yang berhijrah dari Pantai Barat dan keturunan mereka bersama dengan bangsa Melayu Cocos penghijrah dalaman dari Bahagian Tawau, serta bangsa Melayu yang asal kepada bandar tersebut yang asalnya dari kumpulan etnik seperti orang Bugis, Jawa dan Banjar) (22,244), Kadazan-Dusun (16,616), India (974), Murut (519) dan lain-lain (8,754).[25]

Kebanyakan penduduk bukan Malaysia dari selatan Filipina.[11][26] Populasi Cina di sini bahagian sama yang kebanyakannya Kantonis (keturunan pedagang laut yang menetpa di Pantai Timur Borneo Utara) dan juga Hakka (kebanyakan berketurunan penghijrah sukarela dan pelarian Pemberontakan Taiping), yang tiba semasa zaman British dan mempunyai petempatan asal mereka sebelum di bandar yang kini dikenali sebagai Kampung Sungai Kebun Cina.[7] Bangsa Bajau, Suluk dan Melayu beragama Islam, Kadazan-Dusun dan Murut kebanyakannya mengamalkan agama Kristian dengan beberapa daripada mereka menjadi orang Islam[27] manakala bangsa Cina kebanyakannya beragama Buddha, Tao dan beberapa Kristian.[28][29] Terdapat bilangan kecil beragama Hindu, Sikh dan Animisme.

Kumpulan besar bukan penduduk telah dikenal pasti kebanyakannya orang Islam, dan terdapat beberapa wanita Filipino Kristian yang memeluk agama Islam untuk mengahwini Filipino Islam di sini.[26] Seperti di Kota Kinabalu, gelombang pertama pendatang ini tiba pada lewat abad ke-15 semasa penjajahan Sepanyol, manakala yang lain tiba pada awal 1970-an kerana masalah di selatan Filipina.[26] Mereka terdiri daripada pekerja penghijrah, dengan kebanyakan mereka menjadi warganegara dengan kerakyatan Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat masih ramai yang tinggal tanpa dokumen yang betul sebagai pendatang tanpa izin di bandar dengan petempatan haram sendiri.[26]

Rujukan

WikiPedia: Sandakan ftp://ftp.atdd.noaa.gov/pub/GCOS/WMO-Normals/TABLE... http://www.asiaextreme.biz/eth/ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.calbears.com/ViewArticle.dbml?DB_OEM_ID... http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18631 http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.highbeam.com/doc/1P1-211737144.html http://www.theborneopost.com/2012/09/16/kts-raises... http://www.dwd.de/DWD/klima/beratung/ak/ak_964910_... http://www.ireka.com.my/news_press_releases0051.ht...