Manusia pertama yang tinggal di Iceland adalah para
pendeta Ireland yang datang pada awal abad ke-9. Pada pertengahan abad ke-9, bangsa
Viking bermigrasi dan tinggal di Iceland.
Viking pertama yang tinggal di Iceland adalah
Flóki Vilgerðarson. Dialah yang memberi Iceland nama seperti sekarang.
Ingólfur Arnarson, seorang
ketua suku dari
Norway, tinggal dan menetap di barat daya Iceland dan mendirikan kota
Reykjavik.Sekitar tahun
930-an, para penguasa Iceland mulai menulis
perlembagaan negara mereka. Mereka membuat apa yang dinamakan
Althing, sejenis
parlimen yang berpusat di bandar
Þingvellir. Iceland dapat dikatakan sebagai negara bersistem demokrasi tertua yang masih bertahan sehingga kini.Pada tahun
985, Erik si Merah diasingkan dari Iceland kerana telah membunuh seseorang. Dia lalu berlayar ke barat dan menemui
Greenland. Anak Erik,
Leif Erikson, menemui
Amerika pada tahun
1000 dan menamakannya
Vinland. Perjalanan Erik, Leif, dan pengikutnya dikisahkan dalam sebuah
saga.Pada tahun
1262, Iceland menjadi sebahagian dari
Norway hingga pada tahun
1814 Iceland menjadi sebahagian dari
Denmark. Pada akhir abad ke-19, banyak penduduk Iceland yang ingin kemerdekaan dari Denmark. Pada tahun
1918, Iceland mendapatkan kedaulatannya, tetapi
raja Denmark masih berdaulat menjadi raja Iceland.
Ketika
Jerman menduduki
Denmark pada
9 April 1940,
Althing memutuskan bahawa Iceland adalah milik rakyat Iceland. Akan tetapi, mereka masih belum mendeklarasikan kemerdekaan pada saat itu. Tentara
Inggeris dan menyusul kemudian
Amerika Syarikat berinisiatif untuk menduduki Iceland supaya tidak diserang Jerman. Pada tahun
1944, Iceland akhirnya mendeklarasikan kemerdekaannya.Setalah
Perang Dunia Kedua, Iceland menjadi anggota
NATO, tetapi tidak menjadi anggota
Kesatuan Eropah. Antara tahun
1958 sehingga
1976, terjadi tiga kali perselisihan faham antara Iceland dengan
United Kingdom tentang siapa yang berhak mengambil
ikan kod dari perairan di sekitar Iceland. Peperangan tersebut disebut
Perang Kod. Tidak ada korban dalam perang tersebut. Pada tahun
1980,
Vigdís Finnbogadóttir terpilih menjadi
presiden. Dia merupakan
presiden wanita pertama di Iceland.