Definisi Selangan_generasi

Perbincangan mengenai 'selangan generasi' tersebut menganggap selangan bagi bentuk multisel diploid dan haploid sebagai ciri-ciri yang menentukan, tidak kira sama ada bentuk-bentuk ini adalah hidup secara bebas mahupun tidak. [4] Dalam beberapa spesies seperti spesies alga Ulva lactuca, kedua-dua bentuk diploid dan haploid memang merupakan organisma hidup yang bergerak secara bebas, pada dasarnya sama dari segi penampilan dan oleh itu dikatakan isomorfik. Gamet-gamet yang haploid dan bebas-berenang membentuk zigot diploid yang bercambah menjadi sporofit yang diploid dan bermultisel. Sporofit pula menghasilkan spora yang berenang bebas dan haploid melalui meiosis yang bercambah menjadi gametofit haploid.

Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kumpulan lain, salah satu dari sporofit atau gametofit menjadi sangat serba kekurangan dan tidak berupaya untuk hidup secara terpisah. Sebagai contoh, dalam semua briofit selangan gametofit adalah dominan dan selangan sporofit adalah bergantung kepadanya. Sebagai perbandingan, dalam semua tumbuhan daratan bervaskular, gametofit adalah sangat dikurangkan, walaupun bukti fosil menunjukkan bahawa mereka berasal daripada nenek moyang isomorfik.[3] Dalam tumbuhan benih, gametofit betina berkembang sepenuhnya dalam sporophyte yang melindungi dan memeliharanya berserta dengan sporofit embrio yang dihasilkan. Butiran debunga, yang merupakan gametofit debunga, dimampatkan kepada hanya beberapa sel-sel sahaja (hanya tiga sel-sel dalam kebanyakan kes). Di sini konsep dua generasi adalah kurang jelas; seperti mana yang Bateman & Dimichele menjelaskan "sporofit dan gametofit berfungsi dengan berkesan sebagai organisma tunggal".[5] The alternative term 'alternation of phases' may then be more appropriate.[6]

Perdebatan mengenai selangan generasi pada awal kurun ke dua puluh boleh mengelirukan kerana pelbagai kaedah bagi mengelaskan "generasi" wujud secara serentak (seksual melawan aseksual, gametofit melawan sporofit, haploid melawan diploid, dan seumpamanya).[7]

Rujukan

WikiPedia: Selangan_generasi http://books.google.com.br/books?id=jTxfMQg38B4C&l... http://www.tandfonline.com/doi/pdf/10.1080/0037894... http://dash.harvard.edu/bitstream/handle/1/1114877... http://www.bryoecol.mtu.edu/chapters/5-9Sporophyte... http://si-pddr.si.edu/dspace/bitstream/10088/7107/... http://bibdigital.rjb.csic.es/Imagenes/P0044_S11_0... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC556298 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15809414 http://www.algaebase.org/search/genus/detail/?genu... http://archive.org/details/vergleichendeun00hofmgo...