Selangan_generasi
Selangan_generasi

Selangan_generasi

Selangan generasi (juga dikenali sebagai metagenesis) adalah istilah digunakan secara utama untuk menggambarkan kitaran hidup bagi tumbuh-tumbuhan. Satu gametofit multisel, yang bersifat haploid dengan n kromosom, adalah berselangan dengan sporofit multisel, yang bersifat diploid dengan bilangan kromosom sebanyak 2n , yang terdiri daripada n pasangan. Sporofit yang matang menghasilkan spora melalui meiosis, satu proses yang mengurangkan bilangan kromosom menjadi separuh, dari 2n kepada n. Disebabkan meiosis adalah langkah kunci bagi selangan generasi, berkemungkinan bahawa meiosis mempunyai fungsi penyesuaian asas. Sifat fungsi ini masih tidak dapat dirungkaikan (lihat Meiosis), tetapi meiosis dianggap sebagai penyesuaian kerana ia memudahkan pembaikpulihan kerosakan DNA dan/atau menimbulkan variasi genetik.Spora haploid bercambah dan berkembang menjadi gametofit haploid. Pada tempoh pematangan, Gametofit menghasilkan gamet melalui proses mitosis yang tidak mengubah bilangan kromosom. Dua gamet (berasal daripada organisma berbeza bagi spesies yang sama, ataupun daripada organisma yang sama) bergabung untuk menghasilkan zigot, yang berkembang menjadi sebuah sporofit diploid. Kitaran ini, dari gametofit kepada gametofit (atau bersamaan dari sporofit kepada sporofit), adalah cara di mana semua tumbuh-tumbuhan daratan dan kebanyakan alga menjalani pembiakan seksual.Hubungan antara sporofit dan gametofit ini berbeza antara kumpulan tumbuh-tumbuhan yang berlainan. Antara kesemua alga yang mempunyai selangan generasi, sporofit dan gametofit adalah organisma yang bebas dan berasingan, yang berkemungkinan mempunyai ciri luaran yang berbeza. Sporofit bagi lumut hati, lumut biasa, dan lumut tanduk adalah kurang maju dan banyak bergantung kepada gametofit mereka. Walaupun sporofit bagi lumut dan lumut tanduk boleh berfotosintesis, tetapi mereka memerlukan hasil fotosintesis tambahan dari gametofit mereka untuk mengekalkan pertumbuhan dan pembentukan spora, di samping memerlukan bekalan air, nutrisi mineral dan nitrogen daripadanya.[1][2] Secara perbandingan, dalam semua tumbuhan vaskular yang moden, gametofit adalah kurang maju berbanding sporofit, walaupun moyang mereka pada zaman Devon mempunyai gametofit dan sporofit lebih kurang sama dari segi kekompleksan.[3] Dalam tumbuhan paku pakis, gametofit merupakan protalus berautotrof yang leper dan kecil dan bergantung kepada nutrisinya secara ringkas. Dalam tumbuhan berbunga, pengurangan gametofit adalah lebih melampau; ia hanya terdiri daripada beberapa sel-sel yang tumbuh sepenuhnya dalam sporofit.Semua haiwan berkembang secara berbeza. Seekor haiwan yang matang adalah diploid dan begitu juga, dalam satu erti kata, bersamaan dengan satu sporofit. Walau bagaimanapun, haiwan secara langsung menghasilkan gamet haploid melalui meiosis. Tiada satu spora haploid yang mempunyai kebolehan untuk berpisah dihasilkan, jadi tiada satu pun yang merupakan gametofit haploid. Tidak ada selangan antara bentuk diploid dan haploid.Organisma yang lain, seperti kulat, juga berupaya untuk mempunyai kitaran hidup dalam selangan organisma yang berbeza. Penggunaan istilah 'selangan generasi' juga telah digunakan untuk organisma seperti yang tersebut.Kitaran hidup tumbuhan dan alga dengan berselang-seli peringkat multisel haploid dan diploid dirujuk sebagai diplohaplon (istilah setaraf haplodiplon, diplobion atau dibion yang turut digunakan). Kitaran hidup, seperti haiwan, di mana hanya ada satu peringkat multisel diploid dirujuk sebagai diplon. (Kitaran kehidupan di mana hanya ada satu peringkat multisel haploid dirujuk sebagai haplon.)

Rujukan

WikiPedia: Selangan_generasi http://books.google.com.br/books?id=jTxfMQg38B4C&l... http://www.tandfonline.com/doi/pdf/10.1080/0037894... http://dash.harvard.edu/bitstream/handle/1/1114877... http://www.bryoecol.mtu.edu/chapters/5-9Sporophyte... http://si-pddr.si.edu/dspace/bitstream/10088/7107/... http://bibdigital.rjb.csic.es/Imagenes/P0044_S11_0... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC556298 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15809414 http://www.algaebase.org/search/genus/detail/?genu... http://archive.org/details/vergleichendeun00hofmgo...