Stadium Selangor_FC

Stadium Shah Alam
LokasiStadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia
KoordinatKoordinat: 3°04′55″N 101°32′42″E / 3.082001°N 101.545038°E / 3.082001; 101.545038
Pecah tanah1990
Dibina1 Januari 1990
Dibuka16 Julai 1994
PemilikKerajaan Negeri Selangor
PengendaliDarul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM)
PermukaanPadang rumput/Trek
Kos pembinaanRM460 million
ArkitekHijjaz Kasturi
Kapasiti80,372
Penyewa
Selangor FA (Liga Super Malaysia)
(1994-2016)
PKNS FC
(2017-2019)
Selangor FA (Liga Super Malaysia)
(2019-)
Gelanggang rasmi pasukan Selangor, Stadium Shah Alam.Padang latihan pasukan Selangor, Kompleks Sukan SUK, Seksyen 5, Shah Alam.
#StadiumTahun
1Padang Kelab Selangor (kini dikenali sebagai Dataran Merdeka)1936 – 1956
2Stadium Merdeka1957 – 1994
3Stadium Shah Alam1994 – 2016, 2018 – Kini
4Stadium Majlis Perbandaran Selayang2017
5Stadium KLFA2018

Stadium Merdeka

Selangor telah menggunakan beberapa stadium dalam sejarah mereka. Antaranya bermain perlawanan di Padang Kelab Selangor (kini dikenali sebagai Dataran Merdeka). Selepas itu Selangor berpindah bermain di Stadium Merdeka semasa era Tunku Abdul Rahman sebagai presiden kelab itu. Ia telah menjadi stadium tuan rumah pasukan Selangor FA selama 38 tahun, sebelum berpindah ke Stadium Shah Alam selepas ia siap dibina pada tahun 1994.

Stadium Shah Alam

Selepas beberapa siri kejayaan pasukan Selangor, Persatuan Bola Sepak Selangor membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan Stadium Merdeka demi memenuhi cita–cita besar pasukan Selangor. Oleh itu pembangunan stadium baru mula giat di jalankan. Dengan pembinaan stadium baru ini lahirnya Stadium Shah Alam, stadium yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 80,000 penonton pada satu satu masa. Struktur rangkanya merupakan gerbang bebas terpanjang di dunia. Ia telah menjadi salah satu mercu tanda utama di Shah Alam disebabkan saiz dan seni binanya yang mengagumkan. Stadium utama Persatuan Bola Sepak Selangor kini adalah Stadium Shah Alam, yang terletak di ibu negeri Selangor, Shah Alam. Stadium ini mula menjadi stadium tuan rumah bagi pasukan Selangor dari Julai 1994, setelah kelab itu berpindah dari Stadium Merdeka.[7]Selangor yang terpaksa 'menumpang' beraksi di laman lain, sah akan menggunakan kembali gelanggang keramat mereka bagi mengharungi kempen Liga Malaysia musim 2019 dan tahun mendatang.

Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Pada tahun 2017, Selangor telah mengubah stadium tuan rumah untuk bermain ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang setelah kerajaan negeri Selangor menolak permohonan kelab untuk menggunakan Stadium Shah Alam selepas krisis dalaman di dalam kelab yang berkesudahan dengan perletakan jawatan Azmin Ali, presiden Selangor FA ketika itu yang juga merupakan Menteri Besar Selangor.

Stadium KLFA

Menurut Presiden Kelab, Subahan Kamal pasukan Selangor akan bertukar bermain di Stadium KLFA bagi musim 2018,[8] setelah permohonan mereka untuk menggunakan stadium tersebut diterima. Selangor pada asalnya mahu menggunakan Stadium Shah Alam ataupun Stadium Nasional Bukit Jalil yang juga merupakan stadium pasukan kebangsaan tetapi kedua-kedua permohonan telah ditolak oleh kerajaan negeri Selangor dan MFL.[9]Penukaran ini juga adalah disebabkan kerana Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang tidak menepati piawaian tahap kecerahan lampu limpah stadium. Untuk musim 2018, Selangor dan Kuala Lumpur akan berkongsi bermain menggunakan stadium yang sama.

Padang latihan

Kemudahan padang latihan ini terletak di Kompleks Sukan SUK, Seksyen 5, Shah Alam. Pusat latihan berkeluasan 400,000 kaki persegi yang dinamakan sebagai Pusat Latihan Selangor FC telah dirasmikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dalam upacara sederhana yang juga dihadiri oleh Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari, penaja kelab, ahli exco persatuan dan wakil media pada 24 Julai 2019. Kemudahan ini juga mempunyai kompleks pejabat untuk kakitangan pengurusan dan kakitangan teknikal, dua padang saiz FIFA, gimnasium, kawasan rawatan fisioterapi, bilik rehat pemain, bilik ganti, pantri dan sebagainya. Vizione Holdings Berhad, rakan strategik Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada pembinaan kemudahan ini yang bernilai RM1.5 juta.

Liputan Media

Perlawanan pasukan Selangor FA dan beberapa perlawanan lain (bergantung kepada lokasi dan stesen siaran) pernah disiarkan secara langsung atau tertangguh di Astro Arena, RTM, Media Prima, iFlix dan Unifi TV. Semua siaran perlawanan dikawal selia oleh MFL.[10]