Sejarah Serangan_udara

Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (October 2008)
Serangan udara oleh pesawat A-26 ke atas gudang di Wonsan semasa Perang Korea

Pada 1 November 1911, juruterbang Itali Leftenan Kedua Giulio Gavotti menggugurkan 4 bom ke atas dua oasis yang dikuasai Turki di Libya, melakukan serangan udara pertama dunia sewaktu Perang Itali-Turki.[2] Penggunaan serangan udara telah berterusan dalam Perang Dunia I. Sebagai contoh, di Pertempuran Neuve Chapelle pada tahun 1915, pihak British menggugurkan bom ke atas jaringan perhubungan keretapi Jerman. Walau bagaimanapun, tidak sehingga Perang Dunia II apabila Oxford English Dictionary merekodkan penggunaan pertama istilah "air strike,"[3] yang kekal menjadi dua perkataan berasingan untuk beberapa ketika selepas itu. Perang Dunia Kedua juga menyaksikan penciptaan pertama peluru ketepatan berpandu, yang telah diturunkan dengan jayanya oleh pihak Jerman, dan menyumbang kepada erti kata moden "air strike," iaitu serangan bersasaran tepat berbanding dengan menyerang dengan tembakan atau pengeboman berkawasan. Kepentingan bersasaran tepat tidak boleh dipandang remeh: dengan beberapa statistik, lebih seratus serangan diperlukan untuk memusnahkan titik sasaran dalam Perang Dunia 2; melalui Perang Teluk, Tentera Udara A.S. dapat menayangkan kepada media rakaman televisyen yang sebenar- atau radar-bom berpandu terus mengenai sasaran dengan tanpa kerosakan sampingan yang ketara (menggunakan, sebagai contoh, pod LANTIRN). Paul Fussell menyatakan dalam karya yang sangat besar pengaruhnya The Great War and Modern Memory yang popular pada abad ke-20 menganggap bom yang tersasar mengenai sebuah gereja, sebagai contoh, adalah benar-benar disengajakan dan mencerminkan kejahatan yang ada pada musuh; dari masa ke semasa, harapan bagi mengurangkan kerosakan sampingan telah meningkat ke tahap dimana negara-negara membangun terlibat dalam peperangan melawan negara yang kurang berteknologi maju mendekati hampir sifar dari segi kerosakan itu dan ke tahap yang besar, yang telah mereka lakukan.

Semasa "Darurat Tanah Melayu" tahun 1950an, pengebom berat Avro Lincoln British, jet pejuang De Havilland Vampire, Supermarine Spitfire, Bristol Brigand, De Havilland Mosquito, dan pelbagai pesawat British yang lain telah digunakan di Tanah Melayu sebagai pesawat cegah pemberontakan. Namun, iklim lembab telah merosakkan kerangka kayu pesawat Mosquito, dan ia kelak diatur gerak ke tempat lain. Tempoh ini juga menandakan pengerahan tempur terakhir pesawat Spitfire British.

Hari ini, istilah airstrike telah diperluaskan kepada konsep pesawat serangan, apa yang dikatakan oleh juruterbang tentera generasi awal sebagai pesawat pengebom ringan atau pesawat penyerang. Dengan penguasaan udara penuh yang dinikmati oleh negara-negara maju di dalam kawasan yang belum dibangunkan, jet-jet pejuang boleh diubah suai dengan menambah keupayaan menyerang dengan cara yang kurang dipraktikkan dalam generasi terdahulu, contohnya Strike Eagle.

Serangan udara boleh dilakukan untuk tujuan strategik di bahagian luar peperangan umum. Operasi Opera merupakan satu serangan lapan buah pesawat udara Israel ke atas reaktor nuklear Osirak Iraq, di kritik oleh dunia tetapi tidak membawa kepada pencetusan perang besar. Seperti contoh serangan pencegahan telah mencipta persoalan baru untuk undang-undang antarabangsa.

Rujukan

WikiPedia: Serangan_udara http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m6007/is... http://foreignpolicy.com/2014/12/03/pentagon-in-de... http://www.oed.com/view/Entry/4366?redirectedFrom=... http://www.centennialofflight.gov/essay/Air_Power/... http://www.dtic.mil/doctrine/jel/doddict/data/a/22... http://web.archive.org/20110604211928/http://www.d... http://www.pbs.org/newshour/rundown/airstrikes-lau... https://d-nb.info/gnd/4074365-2 https://id.ndl.go.jp/auth/ndlna/00567067 https://www.icrc.org/customary-ihl/eng/docs/v2_cha...