Stade_Yves-du-Manoir
Stade_Yves-du-Manoir

Stade_Yves-du-Manoir

Stade Yves-du-Manoir (secara rasminya Stade olympique Yves-du-Manoir, juga dikenali sebagai Stade olympique de Colombes atau Colombes oleh penduduk tempatan) merupakan sebuah stadium bola sepak, olahraga dan ragbi di Colombes, berdekatan dengan Paris, Perancis.Dinamakan sempena pemain ragbi Perancis Yves du Manoir pada 1928, stadium ini merupakan stadium utama bagi Sukan Olimpik Musim Panas 1924 dan ketika itu, mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 45,000.[2] Semasa temasya tersebut, stadium ini telah menganjurkan acara olahraga, gimnastik, tenis, ragbi, dua acara pentatlon moden (larian dan memanah) dan beberapa pertandingan lumba basikal, ekuestrian serta bola sepak. Pertandingan Olimpik antara Harold Abrahams dan Eric Liddell yang digambarkan dalam filem Chariots of Fire berlangsung di ini, walaupun stadium tersebut tidak digunakan dalam filem tersebut.[3]Stadium ini kemudiannya diluaskan sehingga mempunyai lebih daripada 60,000 tempat duduk. Colombes juga merupakan tempat pertandingan bagi perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 1938 antara Itali dan Hungary, serta menganjurkan dua perlawanan pasukan tuan rumah dalam kejohanan tersebut.Colombes telah menganjurkan beberapa perlawanan akhir Piala Perancis dan pertandingan bagi pasukan kebangsaan bola sepak dan ragbi Perancis sehingga 1970-an. Stadium tersebut kekal sebagai stadium terbesar di negara tersebut sehinggalah Parc des Princes yang dinaik taraf membuka secara rasminya pada 1972.[4] Pada masa itu, kapasiti Colombes telah diturunkan ke bawah 50,000 disebabkan oleh peraturan keselamatan yang lebih ketat. Pertandingan terakhir pasukan ragbi kebangsaan Perancis di Colombes adalah pada 1972, manakala pertandingan terakhir bagi pasukan bola sepak kebangsaan di situ adalah pada 1975.Pasukan bola sepak profesional Perancis, RC Paris menjadikan Colombes sebagai gelanggang sendiri (home ground) sehingga 1985, lalu berpindah ke stadium lain sebelum kembali semula pada 2000-an. Pasukan ragbi Racing 92 pula hanya meninggalkan Colombes pada November 2017. Mereka asalnya merancang untuk membangunkan semula Yves-du-Manoir kepada satu stadium yang bertempat duduk sebanyak 15,000 dan akan dikongsi dengan RC Paris, namun mereka kemudiannya memutuskan untuk membina Paris La Défense Arena di Nanterre, dan mereka memainkan perlawanan pertamanya di situ pada Disember 2017.[5] Pada 31 Mei 2019, Racing 92 kembali ke Colombes untuk satu perlawanan Top 14 dengan La Rochelle kerana Paris La Défense Arena telah digunakan oleh penyanyi Mylène Farmer untuk latihan konsertnya.[6]Stadium tersebut telah menjadi latar tempat bagi filem 1981 Escape to Victory membintangi Sylvester Stallone dan Michael Caine, namun penggambaran bagi adegan-adegan tersebut dibuat di Hungária körúti stadion di Budapest, Hungary.[7][8]Stadium ini akan menganjurkan acara hoki padang semasa Sukan Olimpik Musim Panas 2024.[9] Pengubahsuaian yang berharga €80 juta (kira-kira RM375 juta) sedang dijalankan untuk menaik taraf stadium tersebut bagi menganjurkan Sukan Olimpik.[10]

Stade_Yves-du-Manoir

Lokasi Colombes, Perancis
Dibuka 1907
Kapasiti 14,000[1]
Nama dahulu Stade du Matin (1907–1919)
Stade de Colombes (1920–1924)
Permukaan Rumput

Rujukan

WikiPedia: Stade_Yves-du-Manoir http://www.racing-metro92.com/en/Club/The_stadium-... http://www.multicollection.fr/article.php3?id_arti... http://www.la84foundation.org/6oic/OfficialReports... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Stade... http://observer.guardian.co.uk/europe/story/0,1136... https://www.insidethegames.biz/articles/1105211/st... https://www.imdb.com/title/tt0083284/ https://leplus.nouvelobs.com/contribution/1521310-... https://www.lequipe.fr/Rugby/Actualites/Le-nouvel-... https://www.rugbyrama.fr/rugby/top-14/2018-2019/to...