Su_Song
Su_Song

Su_Song

Su Song (Cina ringkas: 苏颂; Cina tradisional: 蘇頌; pinyin: Sū Sòng; style name: Zirong 子容)[1] (1020–1101 M) ialah seorang polymath Cina tersohor yang berkepakaran dalam politik, astronomi, kartografi, horologi, perubatan, mineralogi, zoologi, botani, mekanik, seni bina, puisi, kepurbaan, dan duta Dinasti Song (960–1279).Su Song merupakan jurutera bagi sebuah menara jam astronomi pacuan air di Kaifeng, yang menggunakan sejenis mekanisme bolosan yang awal.[2][3][4][5] Mekanisme bolosan menara jam Su pernah dicipta oleh sami Buddha, Yi Xing dan pegawai kerajaan, Liang Lingzan pada tahun 725 M untuk memacu sebuah sfera armila pacuan air, namun sfera armila Su merupakan yang sulung yang dilengkapi dengan pemacu jam mekanik.[5][6][7] Menara jam Su turut menampilkan pemacu rantai jana kuasa tanpa henti yang terlama di dunia, iaitu tian ti (天梯) atau "tangga langit" seperti yang diterangkan dalam karya horologinya.[8] Menara jam terbabit mempunyai 133 bicu jham yang menandakan dan membunyikan jam.[9] Karya Su Song berkenaan menara jam ini, Xinyi Xiangfayao (新儀象法要), masih wujud sejak mula-mula ditulis pada tahun 1092 dan dicetak secara rasmi pada 1094. Buku ini telah dikupas oleh ramai ahli sejarah, misalnya Joseph Needham. Bagaimanapun, jam itu dirobohkan dalam serangan tentera Jurchen pada tahun 1127 M. Terdapat cubaan untuk memasang semula menara jam itu, namun semuanya tidak berjaya. Walaupun Xinyi Xiangfayao merupakan karya beliau tersohor, namun Su Song turut mengumpulkan banyak lagi karya lain. Beliau melengkapkan sebuah atlas cakerawala yang terdiri daripada peta-peta bintang dan bumi, serta juga karya perubatan yang membincangkan perkara-perkara mineralogi, zoologi, botani, dan kaji logam.Biarpun kelana-kelana Jesuit dari Eropah yang melawat negara China seperti Matteo Ricci dan Nicolas Trigault pernah sekali-sekala mencatatkan jam Cina dengan pemacu roda,[10] namun para pengunjung terawal dari Eropah ke China tersalah sangka bahawa masyarakat Cina tidak pernah maju melepasi jam air, jam colok, dan jam matahari.[11] Mereka percaya bahawa sawat jam mekanik yang canggih adalah asing kepada China, dan oleh itu merupakan sesuatu yang bernilai dan boleh ditawarkan oleh Eropah.[11] Biarpun tidak sepenting zaman Dinasti Song, namun naskhah-naskhah Cina yang disiarkan sewaktu Dinasti Ming (1368–1644) menerangkan sejarah rekabentuk jam mekanik yang tidak terputus di China pada abad ke-13 hingga ke-16.[12]

Su_Song

Pekerjaan Negarawan, jurutera dan diplomat
Nama lain 子容 (Ziróng)
Warganegara Cina
Meninggal dunia 1101 (berumur 80–81)
Kelahiran 1020
dekat Quanzhou