Sukan_Olimpik_Musim_Sejuk_2014
Sukan_Olimpik_Musim_Sejuk_2014

Sukan_Olimpik_Musim_Sejuk_2014

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014, secara rasmi dikenali sebagai XXII Olympic Winter Games, ialah acara pelbagai sukan musim sejuk utama yang diadakan dari 7 Februari hingga 23 Februari 2014. Tuan rumah, Sochi, Rusia, telah dipilih pada 4 Julai 2007, semasa sesi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ke-119 di Kota Guatemala, Guatemala.[2] Ini merupakan kali pertama Rusia menganjur Olimpik Musim Sejuk (Kesatuan Soviet pernah menganjurkan Olimpik Moscow 1980 di Moscow). Majlis pembukaan dilangsungkan pada 7 Februari 2014 di Stadium Olimpik Fisht.Sejumlah 98 acara dalam 15 disiplin sukan musim sejuk dijadualkan dalam Sukan Olimpik ini. Beberapa pertandingan baharu—12 jika diasingkan mengikut jantina—disertakan dalam edisi kali ini, antaranya biatlon berganti-ganti campuran, lompat ski wanita, luncur ais berbunga berpasukan campuran, luge berpasukan campuran, ski paip separuh, slopestyle ski dan papan luncur salji, dan slalom selari papan luncur salji. Acara-acara Sukan ini diadakan di sekitar dua gugusan lokasi; Taman Olimpik yang dibina di Lembah Imeretinsky Sochi di persisir Laut Hitam, dengan Stadium Olimpik Fisht dan lokasi dalam Sukan terletak dalam jarak berjalan, dan acara salji di bandar peranginan Krasnaya Polyana.Upacara penutup diadakan pada 23 Februari 2014 antara 20:14 dan 22:25 MSK (UTC+4) di Stadium Olimpik Fisht di Sochi.[3]

Sukan_Olimpik_Musim_Sejuk_2014

Stadium Stadium Olimpik Sochi
Dirasmikan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin
Ikrar atlet Ruslan Zakharov
Bandar tuan rumah Sochi, Rusia
Ikrar jurulatih Anastasia Popkova
Obor Olimpik Vladislav Tretiak
Irina Rodnina
Penyertaan negara 88
Upacara perasmian 7 Februari
Jumlah atlet 2,800+ (anggaran)
Ikrar pengadil Vyacheslav Vedenin
Upacara penutupan 23 Februari
Cogan kata Hot. Cool. Yours.[1]
(Bahasa Rusia: Жаркие. Зимние. Твои.)

Rujukan

WikiPedia: Sukan_Olimpik_Musim_Sejuk_2014 http://www.csmonitor.com/World/Olympics/2010/0301/... http://maps.google.com/maps?t=k&z=15&q=43.404059+3... http://zeenews.india.com/sports/others/sochi-games... http://sochi2014.com http://www.sochi2014.com/en/media/news/59607/ http://www.sochi2014.com/en/news-sochi-2014-closin... http://www.theguardian.com/sport/blog/2013/oct/09/... http://www.olympic.org/news/ioc-executive-board-li... http://www.olympic.org/sochi-2014-winter-olympics http://www.olympic.org/uk/news/olympic_news/full_s...