Penerimaan Super_Mario_3D_World

Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
GameRankings92.77%[27]
Metacritic93/100[28]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
Destructoid10/10[29]
Edge9/10[30]
Eurogamer10/10[31]
Famitsu38/40[32]
Game Informer9.25/10[33]
GamesRadar[34]
GameSpot9/10[35]
IGN9.6/10[36]
Joystiq[37]
Nintendo World Report10/10[38]

Super Mario 3D World telah menerima sanjungan kritikan yang tersebar luas, mendapat markah 92.77% dan 93/100 pada tapak web ulasan agregat GameRankings dan Metacritic, masing-masing.[27][28] Judul ini juga telah memenangi banyak anugerah dari saluran-saluran media, termasuk gelaran Game of The Year dari Eurogamer, Digital Spy, dan MSN UK.

Famitsu memberikan markah 38/40.[32] Jose Otero dari IGN memberikan 3D World markah 9.6/10, memujikan "tenaga muda" corak visualnya, "risiko menarik" yang diambil pada reka-reka tahap, "cabaran mengjengkel" yang disediakan dalam alam-alam kemudian, serta "permainan bekerja sama yang tulennya kelakar dan boleh diingati": "Saya berpesta dalam kepintaran belaka jumlah tenaga dan kemainan Nintendo telah membungkus ke dalam setiap alam."[en 3] Satu sahaja aduan Otero ialah "kameranya menjadi sedikit halangan apabila bermain dengan empat orang pemain."[en 4][36] GameTrailers memberikan permainan ini markah 9.5/10, memujikan gaya dan penyampaiannya, sambil mengkritik isu-isu kamera dan beberapa pilihan kawalan yang pelik.[39] GamesRadar memberikan permainan ini markah 4.5/5, memujikan permainan dengan orang lain yang bertambah baik dan beberapa detik yang pintar, namun meratapi bahawa yang terkemudian boleh menjadikan beberapa tahap yang lain kelihatan bosan dalam perbandingan.[34] Luke Plunkett dari Kotaku memanggilnya "sebuah permainan Mario yang hebat... hanya bukan sebuah permainan Wii U yang sangat baik,"[en 5] memujikan permainan itu sendiri, tetapi mengeluhi bahawa ia tidak membuat banyak untuk menunjukkan kebolehan Wii U.[40] Patrick Klepek di Giant Bomb mengata "World sambung untuk membuat kes bahawa dapatlah menciptakan semula sebuah klasik secara berulangan."[en 6][41]

Anime News Network memberikan permainan ini gred A, memanggilkannya "seronok, bersifat khayalan, dan berpenuhi dengan kehairanan dan kenikmatan kecil."[en 7][42] Edge menilaikan permainan ini 9/10, memanggilkannya "permainan Wii U terbaik sehingga kini," dan "permainan generasi terkemudian yang sudah dihasilkan oleh 2013,"[en 8] namun mengakui bahawa Mario adalah watak yang terseronok dimain sebagai sebab "kebolehan kohort-kohortnya bukan sebegitu istimewa."[en 9][30] Chris Carter dari Destructoid menganugerahkan permainan ini 10/10, memujikan power-up (terutamanya pakaian kucing yang "membukakan pintu-pintu (dari segi pelantaran) yang tidak wujud di situ dahulu,"[en 10] serta Double Cherry, di mana "Nintendo benar-benar mengalahkan diri sendiri dalam segi mekanik teknikal"[en 11] untuk membuat dapat dicapai), grafik yang "sangat tajam", serta "antara satu runut bunyi asli yang terbaik saya pernah mendengar."[en 12] Carter menulis bahawa "satu-satunya kejatuhan reka bentuknya ialah pilihan perangan bos," sebab Nintendo "telah mencapai sebuah peringkat reka bentuk pelantaran yang sangat dekat ke kesempurnaan."[en 13][29] Richard Mitchell dari Joystiq memberikannya 5/5 bintang, memujikan pertukangan visual yang "menakjubkan", "runut bunyi yang cemerlang," dan "reka bentuk yang berseni dan mempuyai tujuan" yang "menghubungkan matlamat dengan penuh kejelasan."[en 14][37] Mike Splechta dari GameZone memberikannya 9.5/10, nyatakan bahawa "Dengan berbilang watak-watak untuk bermain sebagai (mengingati kembali Super Mario Bros. 2) dan kelima yang dapat dibuka kuncinya, sebuah komponen berbilang pemain yang hebat dan tidak terganggu serta mencukupi barang-barangan baru untuk membuatkan pun kepala Mario berputar, pastinya anda akan mempunyai masa yang sangat menyenorokkan dengan salah satu pelantar 3D yang terbaik dikeluarkan setakat ini."[en 15][43]

Christian Donlan dari Eurogamer memberikan permainan ini markah 10/10, memerikan 3D World sebagai "sebuah permainan dengan kenikmatan bebas tanpa kesudahan" dengan "kemahuan spontan untuk...menerokai berapa keadaan berbeza [Mario] boleh dihimpit ke dalam,"[en 16] dan menotakan bahawa daya penciptaan ini dibawa kepada runut bunyi yang "mewah dan cepat berubah": "Ini adalah pastiche pada tahap termahir, tahap terparonamik."[en 17][31] Jenni Lada dari Cheat Code Central memberikannya markah 5/5, memanggilnya "yang terdekat kami akan datang kepada sebuah permainan Mario yang sempurna, satu yang merupakan sebuah kemuncak setiap keputusan betul yang pernah dibuat dalam sirinya."[en 18][44] Nintendo World Report menyatakan bahawa ia adalah sebuah permainan Mario seseorang akan hendak menyambung main setelah mengalahkan permainan ini dan mungkin merupakan perisian yang dapat menaiki jualan Wii U, mengatakan "Syukurnya 3D World bukan sahaja sebuah penghalusan formula Mario, ia ialah kebayangan semula yang berkuasa. Ia adalah perarakan letupan warna-warni dan keseronokan serta evolusi Mario yang difikirkan dengan baik."[en 19][38]

Jualan

Di Jepun, jualan minggu pertama permainan ini dalam tiga hari di jualan runjit, berjumlah ke 99,588 salinan dijual (tidak termasuk jualan digital eShop)[45] dan 57% muatan pertamanya.[46] Jualan tersebut pertamanya dianggap rendah, tetapi seperti banyak lagi permainan Nintendo yang lain, Super Mario 3D World terus mempunyai jualan yang kuat dalam minggu-minggu kemudian. Sehingga 5 Januari 2014, permainan ini telah menjual kira-kira 400,000 unit di Jepun dan masih terdapat pada carta mingguan Top 10.[47]

Di United Kingdom, permainan ini debut di nombor 14, belakang pesaingnya, Knack, yang debut di nombor 13.[48] Dalam lapan hari pertamanya dalam pasaran, Super Mario 3D World menjual 215,000 unit di Amerika Syarikat, mengikut NPD Group, berdebut dalam Top 10.[49]

Pada akhir Mac 2014, permainan ini telah menjual sejumlah 2.17 juta salinan di seluruh dunia, menjadikannya permainan ketiga terlaris untuk Wii U.[50]

Anugerah

Senarai anugerah dan pencalonan untuk Super Mario 3D World
TahunAnugerahKategoriKeputusan
2013Cheat Code Central 7th Annual Cody AwardsPermainan Nintendo Terbaik (Best Nintendo Game)Menang
Destructoid's Best of E3Permainan Wii U Terbaik (Best Wii U Game)Dicalonkan
Pelantar Terbaik (Best Platformer)Dicalonkan
Digital SpyPermainan Tahun Ini (Game of the Year)Menang
GameTrailers Game of the Year Awards 2013Permainan Tahun Ini (Game of the Year)Dicalonkan
Permainan Nintendo Terbaik (Best Nintendo Game)Menang
EGM Best of E3Permainan Wii U Terbaik (Best Wii U Game)Menang
GameRevolutionPermainan Tahun Ini (Game of the Year)Dicalonkan
Penerbit Tahun Ini (Nintendo) (Publisher of the Year (Nintendo))Menang
Eksklusif Wii U Terbaik (Best Wii U Exclusive)Menang
GameSpot AwardsPermainan Tahun Ini (Game of the Year)Dicalonkan
Permainan Wii U Terbaik (Best Wii U Game)Menang
GameTrailers Best of E3Eksklusif Wii U Terbaik (Best Wii U Exclusive)Dicalonkan
Giant Bomb Best of E3Eksklusif Wii U Terbaik (Best Wii U Exclusive)Dicalonkan
EurogamerPermainan Tahun Ini (Game of the Year)Menang
IGN's Best of 2013Permainan Tahun Ini (Game of the Year)Dicalonkan
Muzik Keseluruhan Terbaik (Best Overall Music)Dicalonkan
Pelantar Keseluruhan Terbaik (Best Overall Platformer)Menang
Permainan Wii U Tahun Ini (Wii U Game of the Year)Menang
Muzik Wii U Terbaik (Wii U Best Music)Menang
Grafik Wii U (Wii U Graphics)Menang
Pelantar Wii U (Wii U Platformer)Menang
IGN's Best of E3Permainan Keseluruhan Terbaik (Best Overall Game)Dicalonkan
Permainan Wii U Terbaik (Best Wii U Game)Dicalonkan
Permainan Pelantaran Terbaik (Best Platforming Game)Dicalonkan
The Nerdist Best of E3Pelantar Terbaik (Best Platformer)Menang
Spike VGXPermainan Tahun Ini (Game of the Year)Dicalonkan
Permainan Nintendo Terbaik (Best Nintendo Game)Menang
2014BAFTA Video Games AwardsPermainan Terbaik (Best Game)Dicalonkan
Permainan Keluarga Terbaik (Best Family Game)Dicalonkan
Permainan Terbaik untuk Berbilang Pemain (Best Multiplayer Game)Dicalonkan
Muzik Asli Terbaik (Best Original Music)Dicalonkan
Developers Choice AwardsPermainan Tahun Ini (Game of the Year)Dicalonkan
Rekaan Terbaik (Best Design)Dicalonkan
SXSW Gaming AwardsPermainan Tahun Ini (Game of the Year)Dicalonkan
Kecemerlangan dalam Gaya Permainan (Excellence in Gameplay)Dicalonkan
Kecemerlangan dalam Animasi (Excellence in Animation)Dicalonkan
Kecemerlangan dalam Pencapaian Teknikal (Excellence in Technical Achievement)Dicalonkan
Permainan Terbaik untuk Berbilang Pemain (Best Multiplayer Game)Menang
32nd Golden Joystick AwardAudio Terbaik (Best Audio)Menunggu
Permainan Tahun Ini (Game of the Year)Menunggu

Rujukan

WikiPedia: Super_Mario_3D_World http://www.nintendo.com.au/index.php?action=news&n... http://www.animenewsnetwork.com/review/game/wii-u/... http://www.cheatcc.com/wiiu/rev/supermario3dworldr... http://reviews.cnet.com/8301-21539_7-57588657-1039... http://www.destructoid.com/review-super-mario-3d-w... http://www.destructoid.com/super-mario-3d-world-co... http://www.destructoid.com/super-mario-3d-world-re... http://www.edge-online.com/review/super-mario-3d-w... http://www.escapistmagazine.com/news/view/121663-N... http://gamefreaks365.com/newsarticle.php?sid=4815