Switzerland
Switzerland

Switzerland

Switzerland [swit-zĕr-land] (Bahasa Jerman: die Schweiz, Bahasa Perancis: Suisse, Bahasa Itali: Svizzera, Bahasa Romansh: Svizra), secara rasminya Gabungan Switzerland (Confœderatio Helvetica dalam bahasa Latin, maka kod negaranya dalam ISO ialah CH), ialah negara Eropah Barat yang tidak berpantai, luasnya 41,285 km² dan diduduki 7.5 juta orang.Pentadbiran Switzerland terbahagi kepada 26 kanton, enam daripadanya kadang-kadang dianggap sebagai "separuh kanton" kerana berpunca daripada pemisahan tiga kanton dan kesannya cuma berkongsi satu wakil dalam Majlis Negeri-Negeri. Ibu negaranya Bern, manakala bandaraya terbesar ialah Zürich (yang dinobatkan sebagai bandaraya yang kualiti hidupnya terbaik di dunia pada tahun2006[1] dan 2007[2].)Switzerland bersempadan dengan Jerman, Perancis, Itali, Austria dan kerajaan kecil Liechtenstein. Masyarakat Switzerland berbilang bahasa dan terdapat empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Jerman, Perancis, Itali dan bahasa Romansh yang kurang dikenali.Switzerland kaya dengan sejarah sebagai sebuah negara yang neutral tanpa mengira zaman perang atau damai (dan tidak pernah terlibat dalam perang terhadap kuasa asing sejak tahun 1815). Oleh itu, Switzerland dijadikan tuan rumah kepada pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang, meskipun ibu pejabatnya di Bandaraya New York, namun banyak mendirikan jabatan di Switzerland.Gelaran-gelaran yang sering dipakai untuk menggelar Switzerland dalam bahasa Perancis ([Confédération suisse] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)), bahasa Itali ([Confederazione Svizzera] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) dan bahasa Romansh ([Confederaziun svizra] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) diterjemah sebagai "Gabungan Switzerland" (bahasa Inggeris: Swiss Confederation). Schweizerische Eidgenossenschaft merupakan istilah bahasa Jermannya yang terdapat pada dokumen rasmi. Nama bahasa Latinnya "Confœderatio Helvetica" (Gabungan Helvetik) dan kod negaranya "ch" bagi Internet dan pelekat kereta berkaitan dengan Helvetii, segolongan kaum Celt kuno yang pernah menduduki banjaran Alp. Switzerland menandakan 1 Ogos 1291 sebagai hari kemerdekaannya; mengikut sejarah negara ini mula-mulanya merupakan satu gabungan, kemudian menjadi persekutuan sejak tahun 1848. 1 Ogos dijadikan cuti umum yang mana bank dan pejabat pos serta juga pejabat pentadbiran awam ditutup.

Switzerland

Bahasa rasmi Jerman, Perancis, Itali, Romansh
• Total $233 billion (35)
KDNK (nominal) Anggaran 2003 
Ibu kota Bern
• Anggaran 2003 7,399,100 (92)
KDNK (PPP) Anggaran 2003 
Mata wang Swiss franc (CHF)
• Musim panas (DST) UTC+2 (CEST)
• Per kapita $42,138 (3rd)
• Jumlah $309 billion (17)
Kod panggilan 41
Zon masa UTC+1 (CET)
• Bancian 2000 7,288,010
Pemerintahan Republik persekutuan
Bandar terbesar Zurich
Internet TLD .ch
• Air (%) 4.2

Rujukan

WikiPedia: Switzerland http://www.pxweb.bfs.admin.ch/Dialog/varval.asp?ma... http://www.bfs.admin.ch/bfs/portal/en/index/region... http://www.meteoschweiz.admin.ch/web/en/climate.ht... http://www.meteoschweiz.admin.ch/web/en/climate/cl... http://map.search.ch/index.en.html http://www.swissinfo.ch/eng/business/detail/Six_Sw... http://www.uek.ch/en/ http://www.citymayors.com/economics/power-cities.h... http://www.citymayors.com/features/quality_survey.... http://www.mercerhr.com/knowledgecenter/reportsumm...