Tanabata

Tanabata (七夕) atau Perayaan Bintang adalah salah satu perayaan yang berkaitan dengan musim di Jepun, China, dan Korea. Perayaan besar-besaran dilakukan di setiap bandar di Jepun, termasuk di antaranya bandar Sendai dengan pesta Sendai Tanabata. Di China, perayaan ini disebut Qi Xi. Tarikh festival Tanabata dahulunya mengikut Kalendar#kalendar Lunisolar yang kira-kira sebulan lebih lambat daripada kalendar Gregori. Sejak kalender Gregorian mula digunakan di Jepun, perayaan Tanabata diadakan pada malam 7 Julai, hari ke-7 bulan ke-7 kalendar lunisolar, atau sebulan lebih lewat sekitar 8 Ogos. Aksara kanji yang digunakan untuk menulis Tanabata boleh dibaca sebagai shichiseki (七夕, malam ke-7). Pada zaman dahulu, perayaan ini juga ditulis dengan aksara kanji yang berbeza, tetapi tetap dibaca Tanabata (棚機). Tradisi perayaan ini berasal dari China yang diperkenalkan di Jepun pada zaman Nara.